Lagu ni skadar hiasan..

kisah sebenar – smalam tak tau apa nk buat.. lepas jumpa kawan skolah.. on the way balik.. aku teringat saudara-saudara lama.. rakan2 sepermainan aku sedari kecil yg dah lama sangat aku tak jumpa..

so.. instead of terus masuk ke jalan kuching.. aku terus aje lalu highway Selayang – Kepong tu dan buat u-turn masuk ke Intan Baiduri..

aku pun dah lupa blok mana.. sedara-sedara aku ni tinggal.., tapi dlm ingat2 lupa tu.. Allah membantu aku.. pegi rumah pertama.. terus jumpa sedara ku.. Duan nama nya. dia ni mcm adik beradik dgn aku. dia dgn aku beza setahun (muda setahun dia).

Ajak dia pegi minum.. then baru tau mak dia semua dh pindah ke bukit beruntung.., so aku ajak dia balik rumah mak dia.. (aku panggil mak ngah).

Seronoknya bila sampai rumah mak ngah.. pak ngah pun ada.. adik-beradik lain pun ada.. Duan ni yg sulung.., adik beradik lain dia ada 10 orang asalnya. Smalam baru aku tau .. dah ada 2 orang dah adik2 nya meninggal.. yg rapat jugak dgn aku – Rizai (Ijai) dan Cece.. sakit yg lebih kurang sama.. saraf tunjang.

Mak Ngah terkejut tgk aku.. dia kata apa kamu besar sangat..šŸ™‚, tak lama lepas duduk2 borak2 dan makan2.. maghrib masuk.. , surau depan rumah aje. Aku mintak diri ke surau jap.. , pastu beransur ler. Hantar duan balik ke Intan Baiduri..

So apa aku dpt smalam? – Dapat menjalinkan kembali silaturrahim yg lama terhenti., dapat contact balik saudara dekat aku – paknik.. dan sedara2 lain.

aku juga dpt tahu – tok sedara aku akan ada satu kenduri kawin nanti bulan 6 nanti..
harap aku dpt slalu lawat-lawat sedara mara yg patutnya dekat dgn aku ni.

insya’allah.