Salam semua..,

Jalan-jalan di internet.. terbaca satu artikel dari blog ini > ‘ISTERI CURANG DI WAKILI ‘LAWYER PANDAI” , bengang pulak aku membacanya.  Memang trend zaman ni ke? Dah buat ‘hal’ dgn jantan lain, kantoi dgn laki, masih lagi nk berlagak dan membangga diri – ‘alah., aku kesah apa.., aku ada duit.. aku hire top lawyer utk represent aku! siap lah kau..’

hmm, lupa agaknya.. memang kau boleh menang di dunia.. tapi esok-esok , kau dan aku .. kita semua akan mati.. dan ke sana jugak..

Di sana nanti.., jawablah..  di mahkamah Allah.. tiada lawyer hebat yg boleh kau bayar.. walau duit mu segunung intan.

Jom baca.., sekadar menyelusuri rencah-rencah kehidupan..

 

Yatim adalah seorang kerani penghantar kiriman. Beliau sudah berumah tangga dengan Timah selama 23 tahun. Anak sulungnya berumur 17 tahun dan menuntut di politeknik manakala 2 orang anak-anaknya yang lain adalah penuntut sekolah menengah.

Yatim sering bersyukur kehadhrat Allah S.W.T kerana rumah tangganya aman damai, dikurniai rezki yang ‘halal dan lumayan,’ tidak ada masalah kewangan menghantar anak-anaknya kesekolah dan anak sulungnya kepoliteknik. Dan beliau bercita- cita untuk menghantarkan anak sulungnya keuniverisiti jika anaknya berkebolehan.

Untuk menyara keluarganya, Yatim akan keluar rumah pada jam 7 tiap-tiap pagi dan memulakan tugasnya menghantar surat-surat mulai jam 8 pagi. Lazimnya Yatim akan keluar pagi saperti hari-hari lain pada tiap-tiap hari Juma’at dan pulang kerumah kira-kira jam 12 tengah hari untuk mandi sebelum pergi kemasjid di kawasan estet perumahannya untuk menunaikan solat fardhu Juma’at.

Pada suatu hari Juma’at, Yatim seperti biasa keluar bekerja jam 7 pagi dan setelah menjalankan tugas paginya iaitu menghantar kumpulan surat-surat untuk routine buat pagi itu, beliau pulang kerumahnya untuk mandi. Setelah mandi, Yatim keluar rumah dan memulakan langkahnya ke masjid.

Dalam perjalanannya kemasjid beliau mendapati bahwa songkok dan kunci rumahnya tertinggal dirumahnya. Maka beliau pun menukar hala tuju motosikal yang ditunggangnya dan terus menuju kerumahnya. Setelah sampai dipintu rumahnya, beliau mengetok pintu sebab kunci pintu rumah tidak ada padanya.

Setelah mengetok pintu rumahnya beberapa kali, barulah Timah yang sedang berkemban membukakan pintu untuk memberi laluan pada Yatim masuk kerumahnya. Setelah masuk kedalam rumah, Yatim melangkah kebiliknya untuk mengambil songkok dan kuncinya dan alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati rakan kerja Timah yang baru dikenalkan kepada beliau (Yatim) sebulan sebelumnya terbaring diatas katil Yatim.

Yatim tidak berkata apa-apa kepada Timah dan teman lelakinya. Beliau capai songkok dan kunci pintu rumahnya lalu terus bergegas kemasjid.

Setelah pulang daripada masjid, Timah memberitahu Yatim bahwa beliau telah menjalin hubungan dengan teman kerjanya dan menduakan suaminya sejak setahun lalu. Yatim sangat berang dan rasa dirinya ditipu dan tertipu oleh isterinya.

Yatim memberitahu Timah bahwa dia akan menceraikannya dan dia akan pastikan yang dia(isterinya) keluar daripada rumahnya sehelai sepinggang kerana kecurangannya. Namun Timah dengan bangganya memberitahu Yatim bahwa dia ada ‘lawyer pandai’yang boleh membantu dia untuk membuat tuntutan nafkah iddah, mut’ah dan tuntutan keatas aset Yatim dan dia tidak akan keluar dari rumahnya sehelai sepinggang walaupun dia didapati berkelakuan curang.

Yatim terperanjat dengan kata-kata Timah itu. Adakah betul apa yang diluahkannya bahawa ada “lawyer pandai” yang boleh dan berjaya membuat tuntutan untuk isteri-isteri yang curang?

Yatim membuat aduan dimahkamah Syariah. Dia memberitahu mahkamah bahwa beliau tidak akan bayar nafkah iddah dan mut’ah kepada isterinya. Jika mahkamah mengeluarkan perintah supaya Yatim membayar nafkah iddah dan mut’ah kepada isterinya, Yatim memberitahu mahkamah bahwa beliau tidak mampu membayar kadar yang diperintahkan oleh mahkamah sebab beliau tidak ada wang simpanan. Seandainya beliau ada wang simpanan, wang itu akan digunakan untuk membiyai pelajaran anak-anaknya.

Dan beliau tidak rela rumah pangsanya yang dianggap ‘mahligainya’, dijual kerana rumah ini adalah tempat anak-anaknya berteduh. Jika dijual, tidak mungkin beliau mampu untuk membeli rumah pangsa yang lain sebab usianya akan menjangkau 50 tahun.

Dan dia tidak rela supaya rumah pangsanya yang dibeli atas titik peluhnya di jual dan memberi sebahagian daripada hasil penjualan rumah pangsa itu kepada Timah.

Yatim berpendapat bahwa beliau sudah bekerja kuat buat selama ini: menunggang motosikalnya dengan tidak kenal panas terik atau hujan lebat membasahi badannya ketika dalam perjalanan untuk menghantar surat-surat pelanggannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pada hari perbicaraan dimahkamah Syariah, beliau terkejut apabila mahkamah memerintahkan supaya beliau membayar nafkah iddah dan mut’ah melebihi $20,000/-. Mahkamah juga memerintahkan supaya rumah pangsanya ia-itu ‘mahligai kesayangannya’ dijual dan hasil penjualannya setelah ditolak hutang di bank dan setelah dikembalikan wang caruman CPF yang digunakan untuk membeli rumah pangsanya, di bagikan 70% kepada Timah dan 30% kepada Yatim.

Setelah mahkamah membuat keputusannya, Yatim dalam perjalanannya kerumah bertanya kepada dirinya sendiri:

1. adakah Timah sudah berkawan dengan kawan-kawan yang telah menduakan suami- suami mereka;

2. adakah Timah sudah memeriksa haknya sebagai seorang isteri yang ditalak oleh suaminya setelah membuat kelakuan curang?

3. mengapakah Timah begitu pasti bahwa beliau boleh membuat tuntutan nafkah iddah, mut’ah dan sebahagian daripada harta sapencarian walaupun beliau menduakan suaminya; dan

4.adakah peguam yang mewakili Timah memang pandai saperti apa yang diakui oleh Timah?

Yatim tidak puas dengan perintah mahkamah. Yatim tidak mengambil khidmat seorang peguam untuk memperjuangkan kesnya kerana beliau tidak mampu. Yatim hanya menyerahkan dirinya kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk membela nasibnya.

Pendekatan yang diambil oleh Yatim dan ramai lagi yang senasib dengannya, iaitu menyerahkan diri mereka bulat-bulat kepada Allah S.W.T. adalah sikap yang tidak digalakkan. Mereka tidak boleh menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada Allah.

Keputusan-keputusan mahkamah saperti ini menghantar mesej yang tidak sihat kepada masyarakat. Adakah Timah memang sudah tahu bahwa beliau pasti mendapat nafkah iddah dan mut’ah daripada suaminya walaupun beliau berkelakuan curang?

Adakah tanggapan beliau bahwasanya peguam beliau itu pandai, boleh diterima? Timah menganggap peguamnya pandai sebab beliau tahu bahwa beliau telah membuat kesalahan-kesalahan besar namun beliau tetap dinasihatkan supaya membuat tuntutan-tuntutan daripada suami beliau dan beliau pasti mahkamah akan meluluskannya.

 

Anggapan Timah bahwa peguam beliau pandai adalah salah.

Timah berjaya dalam membuat tuntutan-tuntutannya disebabkan oleh undang-undang dunia sengaja disalah tafsirkan untuk menyebelahi dan berpihak kepada beliau.

Perbuatan Timah menyebabkan rumah tangganya pecah belah saperti kaca jatuh kebatu lalu hancur berderai. Perbuatan isteri-isteri curang ini telah menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terjejas dan terhambat. Perbuatan isteri-isteri curang ini telah menambahkan masalah-masalah sosial dikalangan masyarakat kita.

Mahkamah wajib tidak menghantar mesej yang salah kepada masyarakat. Tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang tidak boleh diluluskan. Dengan tidak meluluskan tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang itu, Insya Allah kadar perceraian diantara orang-orang Islam boleh dikurangkan. Jika tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang diluluskan oleh mahkamah, maka tidak ada incentive bagi isteri-isteri supaya tidak berkelakuan curang. Dan mereka tidak takut dan tidak segan silu untuk berkelakuan curang dan dengan sewenang-wenangnya juga membuat tuntutan nafkah iddah, mut’ah dan harta sapencarian daripada suami-suami mereka.

Adalah tanggung jawab kita untuk membetulkan yang salah: ‘amr ma’aruf, nahi mungkar.

Meluluskan tuntutan-tuntutan isteri-isteri curang bukan sahaja menghantar mesej yang salah kepada masyarakat kita bahkan bertentangan dengan prinsip ajaran Islam supaya memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan kebaikan dan menghukum pihak yang salah.

Meluluskan tuntutan isteri-isteri curang adalah sama juga dengan “merampas” harta orang lain dan memberikannya kepada orang yang tidak berhak menerimanya.

Suara mimbar pada tahun lalu melaung-laungkan bahwa mahkamah Syariah Singapura digemparkan dengan lafaz talak pada tiap-tiap sejam sekali. Ini bermakna ribuan perceraian pada tiap-tiap tahun. Jika dari ribuan kes perceraian ini, 40% daripadanya adalah kes-kes dimana isteri-isteri berkelakuan curang dan menyebabkan perceraian, dan tuntutan-tuntutan nafkah iddah mut’ah dan harta sapencarian yang dimiliki suami diluluskan mahkamah, ini bermakna ada ribuan juga lelaki tak puas hati dengan perintah mahkamah pada tiap-tiap tahun. Mereka tidak puas hati sebab mahkamah meluluskan tuntutan- tuntutan isteri-isteri curang mereka. Tidak salah jika dicatatkan disini bahwa sudah puluhan ribu lelaki tak puas hati dengan perintah mahkamah diluar sana.

Adalah tanggung jawab kita untuk merobah undang-undang ini supaya tidak bersyubahat. Allah murka pada orang yang syubahat. ”

 

Huraian aku – 

Di zaman serba maju ni.. perempuan yg isteri2 orang ni.., rasa diri mereka hebat sangat.. dan mereka banyak terpengaruh dgn lifestyle kawan2 office yg sama jugak terjebak dgn hal-hal macam ni, saban hari dok dengar cerita –

  1. Orang tu nk naik pangkat dok tidur dgn boss itu, boss ini,
  2. Yang Janda tu pulak, dok menggetah dgn anak-anak ikan dan laki orang di office.. pantang ada office trip.. habis berebut anak ikan.., anak ikan nya sikit.. mak ikan ramai… teruk betul hal-hal pejabat kt malaysia skang ni.
  3. ada pulak kelab pompuan2 dahaga ni.. bangga berkongsi kisah skandal masing-masing.. mula2 dengar cm geli .. jijik.. tapi dah hari2 dok dengar.. terasa teringin pulak nk mencuba ya? (agaknya)
  4. masyarakat seolah-olah dah tak kesah dah isu2 di bicarakan secara terbuka.. asalkan tak kene kt aku.. (kot?)
  5. Yang paling best tu.. dah buat hal tu.. masih lagi tak malu nk make sure dapat keuntungan lagi atas perkahwinan yg telah musnah dek perangai isteri curang ni.. , kalau laki buat hal.. mmg kita slalu dengar.. mahkamah dok bagi reward berpuluh ribu kepada bekas isteri.. ok.. itu fair lah… sapa suruh laki tu buat hal kan? (itu laa orang akan kata.. ), tapi bila isteri yg buat hal? lu fikir laa sendiri..

Bukan sekadar ramai yg tak puas hati.., malah ramai yang mahu mengambil tindakan ke atas isteri-isteri yg curang ini terhalang dgn pelbagai kerenah birokrasi, dari balai polis ke mahkamah syariah.. hingga ke pejabat agama.

1st – balai polis… dah berapa banyak kita baca kes – contoh kes sensasi Adi putra dgn isteri orang yg ber’whatsapp’ gambar2 lucah hingga suaminya menceraikan nya. Suaminya membuat report polis, tapi akhirnya polis membuat kenyataan – kes ini di kategorikan sebagai – NFA (No further action), tidak boleh di dakwa di sebabkan wujud elemen suka-sama suka di sini, sebab wanita itu bukan berumur bawah 17 tahun. aku bila baca berita tu macam – what de..***? dah bini dia yg gatal dok tayang **** sana sini.. laki dia tak boleh nak tuntut tindakan utk menjaga maruah dan kesucian perkahwinan dia? So – dari situ saja kita dah tau.., berapa ramai lagi lah lelaki yg cuba mempertahankan maruah mereka sebagai suami di nafikan hak mereka. Walhal report dah terang2 ada bukti semua dan dapat tangkap terang2.. pun masih jugak boleh di tutup begitu saja kesnya.

2nd – Pejabat agama dan mahkamah – pun sama jugak.. orang nak melaporkan hal nahi mungkar ni.. hal maksiat yg berleluasa ni.. ada di suruh.. – apa kata encik yang pegi tunggu dulu., pegi buat pengawasan .. bila cukup bukti baru call kami.. kami akan serbu. what de heck? patutlaa kita tgk macam2 bala turun kt negara kita lately ni.. maksiat di biarkan berleluasa begitu saja.. Sepatutnya – panggil lah orang yang di adu tu.., dapatkan statement dari 2-2 belah pihak, libatkan pihak polis juga.. baru masyarakat nampak bahawa jabatan2 agama negeri juga memandang serius kes-kes sebegini.. dan tidak nk membiarkan benda ni jadi penyakit masyarakat..

3rd – Lawyer – aku pun kurang pasti lah pendirian lawyer dalam hal-hal isteri curang ni. dah terang-terang isteri tu curang.. bukti semua kukuh.., still mereka nak ‘represent the client’ dan bermatian2 nk cari point lain… biasanya teknikal lah.. supaya wujud keraguan dan kes terpaksa di buang. Pada aku lawyer2 macam ni… tak tau lah apa pegangan atau panduan hidup mereka.. dunia semata? wang? Ada duit semua boleh jadi ? ‘Yeay.. my service is not cheap yo! I represent a lot of artiste.. and won the case’.. gitu laa gamaknya lawyer2 ni mengiklankan khidmat mereka..

~~~

Akhir kata, pada yg membaca blog ni.. baik yg ku kenal. atau pembaca baru.. – sedarlah.. insaflah.., baliklah kepada fitrah perkahwinan tu.., kenapa kita kawin ? perkahwinan tu utk apa? kenapa islam menggalakkan kita umat Muhammad (saw berumahtangga dan punya pasangan? selain mendapat zuriat dan menjaga keharmonian masyarakat, perkahwinan juga dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan.

wassalam.. yang baik dari Allah S.W.T.. dan yg buruk itu dari aku juga..🙂