Salam semua,

Pekabor? Sihat laa agakya ya. Lama aku menyepi.. Xder apa cerita menarik pun utk di cerita..

Tp rasa start hari ni aku nk menulis benda2 berkaitan kisah dan tauladan..
Mana yg elok tu boleh jadi tauladan.. Yang tak elok tu… Jgn korang ikut pulak.. Kang jadi hitam muka tu! Hitam muka tahan lagi.. Jgn hitam hati..

Jap lagi sambung kisah pertama..

~~~

Kisah satu..

Entah apa pelik nya zaman skarang ni ya? wanita2 yg berstatus isteri orang.. sewenang-wenangnya.. buat ikut suka hati.. takde fikir apa pun..  baik nama baik suami ke.. keluarga ke., mak bapak? kawan2? kawan-skolah ke? ada pulak tu.. lagi pelik..  dari skolah baik-baik.. skolah agama.. maahad lah. haih pelik dunia skang  ni.

Ni kisah satu – Juruterbang di denda khalwat isteri orang.. 

aku nk petik pesanan hakim yg menjatuhkan hukuman tersebut –

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf, tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,” katanya.

~~~

Teringat aku dulu-dulu.. zaman aku keje dgn kompeni lama sebelum join kompeni skang..  (alaa yg office kt jalan lumut tu..), aku teman sorang director ni.. pegi perangkap dan tangkap isteri dia berkhalwat dgn jantan lain.  Aku masa tu muda pun.. aku hadir sekadar utk backup pakcik tu.. just in-case . modus operandi senang aje – pakcik ni dh perhati banyak kali dah.. mmg wife dia balik keje akan melencong ke rumah mamat ni., dah selesai projek..  baru dia balik rumah.. kadang tu tak balik pun.. dgn alasan.. belum balik lagi lah. Ye lah wife dia keje stewardess.., so senang kelentong husband.. I masih kt Narita lagi ni.. balik hujung minggu ni. walhal.. takde flight pun.. dok ada bawah selimut narita (toto) kt rumah jantan tu.

So pendek cerita.. kami dok dlm kereta lain (kereta orang lain pakcik tu pinjam), tunggu dlm gelap. Tidak berapa lama kemudian, elok aje dia nampak wife dia masuk rumah jantan tu.. (kereta lain-lain)..  dia tunggu kejap.., tgk macam satu turutan drama.. masuk rumah.. jap lagi lampu bilik kt master bedroom menyala.. then kejap lagi lampu bilik air.. (mandi kot).. tak lama 2-2 lampu padam..  , elok aje padam..  pakcik ni biar lama sikit… then baru signal geng2 JAIS ikut skali serbu.. (pergh.. lambat jugak drama ni unfold.. )

aku tak ikut.. aku dok dlm kereta. Tapi aku nampak laa lelaki tu keje sepak terajang masa keluar rumah tu dgn pakcik tu. pompuan tu pun kene belasah jugak.. tampar 2-3 dass.. – di situ jugak pakcik tu ceraikan perempuan tu.. dan pegawai JAIS bawak 2-2 tu ke balai.

tutup cerita. pakcik tu back to single.. pompuan tu tak tau lah apa cerita.. tapi aku ada dengar gak lah ada pompuan dtg cari pakcik ni kt office.. pakcik tu dah berkerat arang kot. Lama tak kontak pakcik ni.. tak tau apa kesah dia.. aku panggil dia pakcik aje.. walau dia ada title Datuk😀.

Apa pengajaran ?

– Dunia skang dah terbalik.. kalau dulu kita dengar cerita.. lelaki aje yg buat hal ekk? nowadays.. makin kerap kesah2 pasal isteri orang yg makin berani ni..  adakah kemajuan teknologi memudahkan semua benda ni? ada beberapa ceramah ustaz yg aku tak ingat ustaz mana.. yg sebut – kawal lah akses kepada teknologi tu.. kalau keterlaluan ianya memudaratkan..

~~~

Kisah 2. .

dgn india pun jadi?

Baca sini lah > Wanita melayu di cekup berkhalwat dgn lelaki india..

Mengulas berita dan gambar di atas.. , aku pun mengucap panjang .. kira nya pompuan melayu skang ni taste dah makin international eh? nak try semua jenis ke?  dulu aku baca laa satu blog yg amat 18sx.. dgn bangga bercerita berani mencuba dgn pelbagai bangsa.. bersunat.. tak bersunat.. semua dia dah try..,

tak tau laa.. kalau family nya tak kesah kot.. jenis americana.. anything goes.. no hal lah kot.

Kalau jadi mcm kes kt atas ni – korang rasa mamat india ni akan kena tindakan tak? kalau ikut yg aku baca kt SINI patutnya kena..

Keadaan perbuatan yang dikatakan Khalwat itu ada termaktub dibawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah, dan ianya berbeza bagi setiap negeri. Secara umumnya, seperti yang tertulis dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Seksyen 27, ianya memperuntukkan:

“Mana-mana lelaki yang didapati berdua-duaan dengan seorang atau beberapa wanita, bukan isterinya atau muhrim;atau mana-mana wanita yang didapati berdua-duaan dengan seorang atau beberapa lelaki, bukan suaminya atau muhrim, di dalam mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral, boleh disabitkan bersalah bagi kesalahan tersebut dan boleh berkemungkinan disabitkan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.”

– See more at: http://www.3r.com.my/tertangkap-kerana-khalwat/#sthash.XaQnTBHa.dpuf

tgk ayat tu – mana-mana lelaki.. tak di sebut lelaki islam atau bukan islam kan? tak di sebut apa bangsa pun kan?

itu undang-undang ciptaan manusia.. bagaimana kalau ikut undang2 hudud?  kene rejam sampai mati kot ?

~~~

Kisah 3 : Ampang: Suami hilang sabar isteri bersekedudukan dgn mat itam


DI pangsapuri inilah seorang suami mengamuk selepas mengetahui isterinya bersekedudukan dengan pelajar Nigeria di Bandar Baru Ampang Sabtu lalu.

——————————————————————————–

AMPANG – Kesabaran seorang suami terhadap sikap jelik isterinya yang bersekedudukan dengan seorang pelajar Nigeria sejak lima bulan lalu sampai ke kemuncaknya apabila dia bersama sembilan lelaki bertindak menyerang pasangan tersebut di sebuah pangsapuri dekat Bandar Baru Ampang di sini Sabtu lalu.

Kejadian yang berlaku setengah jam selepas sambutan ambang merdeka itu mengakibatkan wanita 44 tahun itu patah lengan kanan selain lebam di muka manakala pelajar Nigeria berusia 35 tahun tersebut patah hidung dan jari kiri selepas diserang oleh suspek.

Difahamkan, salah seorang suspek yang menyerang pasangan yang sedang beristirehat ketika kejadian itu merupakan suami wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suami wanita tersebut mungkin geram dan marah dengan tindakan isterinya yang bukan sahaja bersekedudukan dengan pelajar asing itu malah bertindak menghantar lima anak mereka pulang ke kampung.

“Lelaki dan wanita itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Sepanjang tempoh itu, wanita tersebut dikatakan telah tinggal di rumah yang didiami oleh pelajar Nigeria terbabit.

“Sebaik mengetahui lokasi rumah mereka, lelaki tersebut telah mengajak sembilan rakannya untuk menyerang pasangan itu menggunakan tangan dan objek keras. Ketika diserang, pasangan berkenaan dikatakan lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

~~~~

masih lagi dgn mat itam.. kali ni mat afrika pulak. haih.. lagi  berani… bersekudukan terus.. mujur tak mampus mamat tu di kerjakan. kalau tak di halang tu mmg pecah kepala laa kt situ.

pada aku utk kes2 yg membabitkan isteri orang yg berani bersekedudukan macam dah takde laki pulak kan.. patut hukum sula aje. atau rejam sampai mati. dan mahkamah patut jatuhkan hukuman sekeras-kerasnya dlm kes2 sebegini agar ianya jadi pengajaran utk masyarakat.

ini sekarang mcm takde apa2 berlaku.. ramai skarang isteri dan suami yg hanya jumpa weekend aje.. sbb keje masing2 jauh di bandar berlainan.. hanya jumpa weekend aje., banyak kes isteri2 berani buat macam ni kt suami. Tapi selama mana pun mereka ni nk berlakon dan buat benda2 ni.. lama2 kantoi jugak..! orang biasa dengar isteri aje ada instinct eh? jgn tak tau suami juga ada instinct..  jgn ingat orang tak nampak.. maka sampai sudah orang takkan tau.., mereka lupa.. ada lagi satu yg maha melihat di atas sana.

Ada satu kisah yg aku nk share sini, yg diceritakan oleh seorang sahabat baik, dia ni jadi gini sbb nympho kot (penyakit ketagih seks ), jadi dia asik mencari2 lelaki2 lain selain suaminya utk di tiduri.., kerja slalu MC.., kadang pepagi keluar rumah mcm biasa.. cakap kt laki pegi keja., tapi sebenarnya dah ada jantan tunggu bawak pegi mana2 pusat peranginan.. kalau stu hari tu dekat2 aje lah.. kadang kelentong laki cakap ada kursus 2-3 hari., tapi sebenarnya pegi bercuti dgn jantan lain sampai ke tanjung jara sana.. pergh.. last-last kantoi jugak.. mcm mana dia kantoi tu aku tak ingat.. tapi aku ada dengar dia sakit lah..maybe sebab antara jantan2 yg dia tiduri tu ada penyakit kot.. , akhirnya .. kene cerai dgn laki… anak semua laki ambik.. keje pun dah kene buang.. sbb banyak sangat kes disiplin., mc slalu., hilang slalu., cuti lah.. hmm.. sanggup semua benda ni ..hanya kerana nafsu-nafsi…

Pengajaran – jagalah pasangan anda baik2. kehidupan perempuan yg baik adalah di sisi suami.. tak kira susah ke senang.. kan ke syurga tu di bawah tapak kaki suami.. kalau tak taat pada suami.. pada sapa lagi kau nak taat ye dok?

itu saja lah tulisan aku sepetang ni. sempena aku MC lagi hari ni… selepas baru keluar sepital dari weekend lepas.

Akhir kata..

**** Untuk renungan kita bersama ****

Ada sebuah kisah, bahawa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya : “Hai isteriku janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali pulang.”

Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w. Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu : “Agar dia mentaati suaminya”Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehigga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.

Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan ketaatannya kepada suaminya.”