Hi, Assalamualaikum..

Lama tak menjenguk rumah sendiri. ada orang komen.. baru aku menjenguk. Tajuk cerita aku kali ini adalah instinct. Sambil2 aku menjawab komen2 pada post lama tu.. aku tgk stat blog aku ni.
ternyata post yg masih popular adalah lagu A.Ramlie.. (Lagu 60’an] Tidak Ku Sangka – A.Ramlie) . bila ku dengar balik lirik nya.. aku terpana.
dan bila aku tengok balik tarikhnya.. aku mengucap panjang  dan beristighfar..

Rupanya Allah memberi petunjuk pada cara yg tak pernah aku fikirkan. Patutlah aku sampai meleleh air mata masa 1st dengar lagu ni kt klasik.fm , dan terus aku cari lagunya.. dan post blog..  (memang lagu ni A.Ramlie tulis direct mengenai kisah dia dan isterinya maria bachok.. aku ingat sangat mak aku cerita pasal kesah hidup dia.. itu yg aku pun seolah2 terbawa-bawa bila mendengar lagu ni.. macam aku pulak yg dalam ceritanya…, sungguh tak ku sangka… )

sekadar utk kenangan.. aku post kan lagi skali..

lagunya penuh kiasan dan metafora..  dalam dunia ni mmg banyak benda yg kita slalu tak terduga.. , namun percayalah – Allah tak akan menduga hambanya akan ujian yg kau tak boleh lalui.

Komen aku mengenai instinct aku – mmg aku punya gerak hati yg kuat.. kadang aku aje yg tak perasan. sama ada itu baik atau tidak utk aku.. aku pun tak pasti.. namun aku bersyukur sahaja di atas apa saja pemberian Allah S.W.T yg maha pemurah.