Tags

, , , , , , , , , , , , ,

Salam sejahtera warga dunia..

penuh kepala minggu ni membaca.. dan membaca.. – total bacaan hujung minggu ni –

Buku..
1. Buku azizi ali – money changes everything..
2. Buku Faizul Ridzuan – WTF (where to find) bukan wtf yg biasa korang fikir..- buku ni pasal property.
3. Buku Malcolm gladwell – What dog saw.. aku dah baca buku ni… tapi ulangan.. terutama bab yg ulas pasal Nasem Taleb tentang ulasan dia pasal black swan..

Majalah –
1. Solusi edisi 50.. – Agihkan berkat Zakat.. kenapa pentingnya kita berzakat.. dan banyak kisah2 tentang zakat dlm keluaran kali ini.
2. Shared Investment monthly – ni majalah khas utk orng yg menganalisa pasaran. sekali imbas buku ni.. dia cover banyak aspek tentang teknikal analisis.. fundamental analisis.. dan kupasan isu2 semasa yg mempengaruhi harga semasa saham2 di bursa malaysia. Segalanya adalah fakta.., dan penulis2 nya.. mmg nama2 yg kukenal dlm dunia nyata.. pernah jumpa sama ada dalam bengkel2 saham.. atau kelas2 yg ku hadiri .

Makalah – (majalah weekly)
– The edge weekly
– NST sunday
– Star Sunday
– Berita minggu

~~
sebelum masuk tidur.. , ingin aku share.. beberapa bahan penting dari bacaan minggu ini.. utk ingatan diri sendiri.. dan juga faedah rakan2 yg tak sempat membacanya..! tapi kalau nak ilmu yg penuh.. beli lah buku2 dan majalah2 di atas.. tak rugi membeli nya… itu pun jika anda minat membaca lah.

Tips paling menarik utk di kongsikan dari majalah solusi – ambik yg keypoint saja.
1. Ubat Penenang untuk Bahagia.. – dia dlm bentuk artikel.. di katakan kita manusia ni.. sentiasa berusaha.. siang dan malam utk mencari kebahagiaan.. ketenangan yg hakiki. Ada yg ingat.. ada bini lawa.. maka bahagia habis lah hidup nya.., aa pulak yg kata.. punya harta melimpah ruah… itu lah erti kebahagiannya..
Rupanya.. rasulullah S.a.w – pernah bersabda – mafhumnya – “Empat perkara yg mendatangkan kebahagian adalah wanita (isteri) solehah, rumah yg luas, jiran tetangga yang baik.. dan kenderan yg selesa.. dan empat perkara yg mendatangkan kesengsaraan iaitu – isteri yg berakhlak buruk, jiran tetangga yg jahat, kenderaan yg buruk dan rumah yg sempit”

selama ini tak pernah aku dengar akan hadis ini., atau kisah ini, jadi pembacaaan ni amat lah membuka minda ku. sebab ianya berlaku dlm perjalanan hidup ku sendiri..! masya’allah.. selama ini kadang kita ni terlupa bersyukur.., selalu berasa tidak cukup.. walhal.. segala yg membahagiakan itu berada depan mata..

1. Kenderaan yang Selesa

kenapa kisah ini dekat di hati? – minggu lepas ada sorang sahabat., aku menumpang kereta nya.. utk solat jumaat., dalam perjalanan nk ke masjid.. dia singgah ke Petronas. – aku ingat dia nak keluar duit ke apa. rupanya dia nak beli pewangi kereta., jadi masa dia bukak pewangi tu.. aku terperasan.. eh sahabat.. bukankan dalam kereta kau ni dah ada pewangi yg baru.!? tak cukup kuat katanya..! eh.. pelik.. , tak apa lah. kudiam kan saja. Setelah 5 minit perjalanan baru aku perasan.. aku terhidu baru minyak petrol yg kuat sangat., maka sebab itu lah dia berhenti membeli pewangi..! aku tegur pada nya – eh sahabat.. maaf jika aku berkata., kuat bau petrol masuk ikut aircon kereta kau ni – maka jawabnya – aku sudah hantar repair minggu lepas.. habis 2 ribu duit ku. Aku tambah lagi – eh sahabat, kalau berbau begini.. bahaya utk kau berjalan bawa anak dan isteri.. atau diri kau sendiri… sebab anak kau masih kecil. menghidu petrol berlebihan akan menyebabkan anak boleh jadi lembam.. usahkan anak.. silap2 kau pun sama jadi lembam nanti..! Tak lama lepas tu.. aircondnya sudah kurang sejuk pula.. , dan bau petrol berlawan dgn bau pewangi yg baru di buka nya.. > kemudian ku bertanya lagi – berapa dah kau habis utk repair kereta kau 1-2 bulan ni? eh banyak katanya.. dah dekat 3-4 ribu dah.. tak baik2 jugak.. kemudian ku sambung lagi – dari pada kau habiskan beribu utk kereta ni.. apa kata kau cuba pakai kereta yg ada warranty..! kau tka pening kepala.. anak2 pun lebih selesa.. , katanya pulak – eh.. kereta ni dah lama aku abis bayar.. tak nak aku buat hutang baru, kemudian dia senyap lama.. mungkin cuba digest kot. kemudian dia tanyakan kepada aku – kereta kau dah berapa lama kau pakai? 6 tahun jawabku. banyak problem tak? alhamdulillah.. aku happy dgn kereta tu.. walau pun dah abis warranty.. aku masih tkde apa2 masalah dgn kereta tu.. bawak sedap.. enjin sedap.. tak pe lah aku bayar sejumlah wang pun.. itu lah harga utk keselesaan aku dan keluarga. keselamatan jugak utama… tambahku lagi. Hmmm.. betul jugak cakap kau.. aku sebenarnya.. tgh ada cadang2 jugak nk jual kereta ni dan angkat satu hilux ke.. atau pickup yg besar tu, kata sahabat aku tu. Aku balas – elok laa tu.. ambik aje kereta baru.. lagipun ambik pickup – katakan hilux ke.. isuzu ke.. harga tak sampai pun 100k.. dlm 90k aje kot.. tapi selesa.. ada warranty.. sesuai dgn minat kau utk buat benda2 pertanian..

habis smayang jumaat.., sambil menuju ke kereta – dia bertanya lagi kepada ku – berapa agak nya abis kalau aku nak buat balik kereta aku ni bagi lawa..! aku jawab – tak berbaloi lah sahabat..! serius., sbb kau dah biarkan dia terbiar… bonet kau dah berlubang2.. itu takleh repair.. kene tukar., dashboard kau dah berlubang2 kt lubang airkon dan segala tombol ada yg dah tercabut.. stereng wheel kau ah abis dah getahnya.. ada yg nampak besi dah.. bahaya tu. – aku suggest kalau kau nak buat jugak – kau cari half-cut skali dgn dashboard… so kau tukar enjin.. skali dgn dashboard2 kau tukar..! haa.. itu mungkin akan jimatkan wang kau sikit kot.. dari kau tukar sana sini sikit2. Tapi half-cut.. , kereta jenis kau ni.. (proton).., kurang2 akan abis skali siap pasang aku bajet dalam 10k jugak! kau sanggup? ishk 10k? biar betul..! iya lah – halfcut body dan enjin saja dah 4-5k.. , upah pasang.. double the price lah.

So aku abiskan kt situ aje lah selingan kisah di atas.., kesimpulan nya.. salah satu dari 4 ketenangan hakiki.. adalah kenderaan yg selesa! jgn kita pandang remeh benda ni! serius kawan.. aku merasai nya..! once aku dah upgrade kenderaan ku .. dari yg lama ke yg baru., aku rasa kan.. masya’allah bersyukur nya..! kalau dulu.. kereta ku .. bila jem aje panas.. asal jem aje panas.. asal panas aje jem..! adoi.. tensen aku kereta lama.. tapi yg ini.. >> itu yg aku bagi tau kawan aku – kau tak nak ke? bila kau masuk kereta.. kau start aje enjin.. kau rasa begitu happy.. kau rasa tenang.. kau seronok dgr enjin yg smooth.. kau rasa best dengar muzik dari radio nya yg jelas dan ada ummph..! , jawab dia – itu lah.. bila aku masuk kereta kau .. itu lah yg aku rasa.. kagum dan best..! walhal kau bukan pakai mercedes atau bmw pun..

Haa.. keenderaan yg selesa – bukan lah perlu mahal dan baru! cukup asalkan ianya bersih.., selesa.. tak pernah ada problem.. dan bila bawak kau rasa sangat selesa.. enjoy bila memandu. Kereta gen-2 isteriku pun adalah kereta yg aku sangat suka.. bila masuk dlm kereta tu.. rasa pergh.. mmg sedap bawak kereta ni. walhal bukan kereta baru. tapi sebab kami masing2 menitik beratkan penjagaan dan penyelenggaraan.. itu yg buat kita rasa tenang.. dan selesa dlm kenderaan kita.

So kawan2.. bak kata hadis di atas- cari lah ketengangan.. bukan keserabutan.. korang nak serabut ke? bangun tidur teringat.. ishsk.. kerta ni asik rosak aje.. tensen aku., kena pulak kereta tu kita tak maintain.. neglected – kita tgk pun rasa sakit hati..! ada kemik sana.. ada bumper yg rebeh.. tayar pulak.. lain2 jenis.. sbb tukar ikut mana yg botak dulu.. kita nak bawak anak bini pun takut2 beb..! kang tengah bawak.. rosak pulak.. udah bergaduh anak bini… benda ni pernah berlaku kt aku.., kereta aku buat hal.. dlm kereta macam neraka! kesian anak2 ..

3 lagi perkata yg membawa ketenangan tadi –
2. Isteri Solehah – Ini nak hurai panjang.. korang baca lah dalam majalah solusi edisi 50. tapi ringkas nya aku petik ayat ini “Wanita yang solehah adalah yg taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dalam apa-apa jua yang wajib di pelihara) ketika ketiaadaan suaminya (surah an-nisa ‘4:34)
– “sebaik-baik wanita (isteri) adalah yang menggembirakan kamu sewaktu kamu melihatnya., patuh apabila kamu menyuruhnya (dlm perkara kebaikan) serta menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah”.. (hadis riwayat ahmad)

so.. fikir2kan lah sendiri.. bila balik rumah tu.. apa korang rasa bila bukak pintu rumah tgk wajah isteri tu.. tenang? gembira? serabut? rasa nk marah?
haaha.. kalau apa yg anda nampak tu berbeza dari apa yg di tulis di atas – maka.. jgn laju sangat nk tukar bini.. atau menambah – segeralah cermin diri dulu., muhasabah diri dulu.. mungkin ada sesuatu yg kita buat.. yg buat isteri tak senyum ketika menyambut kita pulang.. mungkin ada sesuatu dalam hati nya yg terbuku.. , berkomunikasi lah..

  3. Rumah yg selesa –
kenapa penting rumah yg selesa dan luas eh? – aku pernah duduk rumah yg kecil dan sempit.. mmg amatnya selalu lah isteri ku tersadung wayar2 kabel muzik ku.. atau kabel gajet2 ku depan TV.., dia serabut.. aku pun serabut..! .. itu yg buat aku berazam utk cari rumah yg di asingkan ruang kerja ku dgn ruang kamar tidur.. supaya selesa.
SO – jadikan lah rumah kita tempat yg membawa ketenangan.! mmg .. sbb mmg bilik tidur ku ku susun atur supaya selesa.. dan cantik seperti apa yg aku suka.. dan lihat pada blik2 hotel. Kenapa bila kita masuk bilik hotel2 yg best2.. kita rasa macam – wuuuu.. bestnya..! like haven lah.! baru ni aku pegi hotel Avilion PD pun.. aku macam! wow.. cantik nya biliknya.., tgk pulak bilik air nya.. terus ku ambik gambar utk simpan sebagai inspirasi.

gambar hiasan saja.. (sumber blog)

Pentingkah bauan yg segar? – penting.. ia membawa mood yg baik. juga udara yg bersih membawa persekitaran yg rasa nyaman.
Invest sikit utk rumah yg selesa. mungkin nampak mcam mengarut.. tapi aku ada mencuba penapis udara mcm sharp plasmacluster.. yg ada ion shower.. , saja nk cuba..! mmg brbeza beb.. udara yg kau sedut terasa segar.. macm kau sedut udara kt cameron highland.. di tengah ladang teh tu.
Rasullulah pesan pada kita – : “Sesungguhnya – Allah itu baik dan suka kepada perkara yang baik. Dia juga bersih dan suka kepada perkara yg bersih.. Dia juga dermawan dan sangat suka kepada orang yg dermawan. Oleh sebab itu , bersihkan halaman rumah dan jangan lah kamu menyerupai orang yahudi” (hadis riwayat al-tarmizi)

4. Jiran yg baik
kenapa penting jiran yg baik ya? – sangat penting kawan2!.. kalau kita duduk satu kawasan tu.. cubalah sebaik mungkin utk menjalinkan hubungan yg baik dgn jiran kita , tak kiralah jiran kita tu muslim atau non-muslim. aku bersyukur jugak – jiran2 ku di sebelah menyebelah ni.. alhamdulillah.. dapat yg baik.. dan ramah serta mengambil berat. Uncle sebelah (pesara).., selalu menegur ku kalau aku terlupa tutup tingkap dapur.. atau dia dengar air mengalir laju kt longkang rumah aku .. dia pegi check dan tutup meter utama.. – ada skali aku terlupa tutup paip sinki..! betapa baik dia.. tolong tutup.
Cuba korang dapat jiran yg suka berdengki.. suka bertewas-tewas.., nk berlawan2 lah.. dan ada aje hal nya..? sakit hati bukan? aku pernah jumpa jiran cam ni – kt rumah lama kt bangi..! aduh.. mcam saiko pun ada.. – bayangkan.. tiap kali apa yg rumah aku buat.. semua di tiru nya..! 1st skali aku perasan.. aku buat grill .. seperti biasa.. aku takkan buat benda yg orang lain buat.. so design aku agak lain.. dan baru kot? – tak sampai seminggu.. aku tgk orang depan rumah aku pun tukar gril design yg sama.. kaler yg sama.. aku macam – aik? kebetulan kot..!  tapi lepas tu.. apa yg rumah kitaorang buat mmg dia akan buat lah lepas tu., sampai kan letak pokok bunga depan rumah pun dia nk tiru..! adoi.. so  pandai2 lah kita handle jiran2 sekeliling kita..
so.. itu saja kisah teladan kita minggu ini.! jom tidur..!
sebelum tu .. satu doa yg Rasullulah selalu baca –

Allaahummagh firlii dzanbii wawasi’ lii fiidaari wabarik lii fii riqii.

Ertinya: “Ya Allah,ampunilah segala dosaku,lapangkanlah rumahku dan berkatilah rezekiku”

Kemudian Baginda di tanya – ” Mengapa doa ini banyak kali di baca olehmu wahai Radullulah?
Jawab baginda S.a.w. – “apakah ada sesuatu yg lain yg kamu cintai?”
(hadis riwayat Ahmad)

wassalam..