Salam..
Terpanggil nk menulis di ruangan ini, aku masih dalam ‘shock’.. seorang rakan yg sangat baik.. telah pun meninggalkan kita semua.
NurFadzillah Mohamed atau yg biasa di kenali sebagai pazi di kalangan aku dan isteri.. serta kawan2.. meninggal hari Ahad lepas.

Punca kematian – sesak nafas dan tekanan darah tinggi. Tapi report doktor di tulis – serangan jantung. Sedihnya sebab dia sedang menunggu hari utk bersalin. Dia dan baby yg di kandungnya pun sama pergi..

Sayunya hati dengar mak dia angkat telefon semasa aku dan isteri serta kawan2 yg awal sampai duduk baca yassin kt rumah arwah.. mak dia cakap – Anak makcik dah takde.. dia bawak semua.. satu pun tak tinggal.. (means cucu pun dia bawak).

malam kol 12 am.. baru aku sampai balik kt rumah.. selepas selesai urusan pengkebumian malam tu jugak. Kesian kt husband dia.. dan family. Tabahlah.. kami sahabat2 ni pun masih lagi terpana.. dan masih terngiang2 gurau senda arwah.. Baik sangat dia ni. Berprinsip..! teguh dgn kawan2 nya! di kala semua orang salah faham terhadap aku – tinggal dia sorang dan isteri.. serta 2-3 kerat kawan baik yg kekal setia teguh bersama aku.. dan tidak sikit pun dia ni ada sebarang prasangka atau apa pun. Hati nya mmg bersih.. fikiran nya tajam dalam menganalisi sesuatu isu.. dan dia tegas dalam apa yg dia percaya. Dia juga lah pendamai.. pendengar yg neutral.. di kala orang memilih utk berpaksi macam2.

itu lah payah nak dpt kawan macam ni. Kalau ajak dia ke apa2 aktiviti.. jarang dia nak kata tidak! kecuali lah dia tak sihat..

Last aku jumpa dia masa kt majlis raya kt rumah aku.. datang jugak dia dgn terboyot2 nya! mmg aku rasa sangat bertuah jumpa utk last tu.! mmg kita orang layan dia special… ambik gambar pun dok tengah2 lagi!

mana lah kita nak tau kan? itu lah.. sebab tu aku sentiasa mengutamakan kawan2.. dan bersangka baik dalam bersahabat!

hidup kita ni kejap sangat bhai..! esok lusa ntah tiba giliran aku.! at least aku juga nak orang berkata baik tentang aku.. pabila aku telah tiada..! macam mana orang berkata yg baik2 saja tentang arwah kawan aku ni..!

sememangnya dia sorang sahabat yg istimewa..! kami buat group BBM utk bdn.. dia lah penceria nya! hari2 ada jer ceritanya.. dan lawak nya..! kini semua tinggal kenangan..! aku pun tak nak delete nama dia dari dalam bbm aku! biarlah kenangan. sorang sahabat tak tak tertukar ganti.

rehat lah di sana..! damailah.. aku akan sedekahkan al-fatihah.. dan doa agar kau di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman pazi.