Tags

, , , , , , , , , , , , ,

Salam semua,

Korang semua mesti pernah melalui fasa muzik di malaysia yg pada satu era tu.. boleh kata dari pagi sampai petang kat radio tu.. lagu2 saari amri aje yg merajai stesen-stesen radio negara ketika tu. Kejap lagu Slam lah.. kejap lagu Ukays, kejap lagu Umbrella.., antara 3-3 kumpulan yg di cungkil oleh Saari Amri ni., aku minat ketiga2 kumpulan ni.. malah ada memiliki semua album2 3 kumpulan ni.

Baru2 ni.. dalam aku blog-hopping.. terjumpa posting dari penyanyi umbrella.., posting dia >> Sidang Karaoke Bersama Bloggerz << join karaoke dgn peminat2 dia., atau lebih tepat geng-geng bloggers dia kot.(korang klik ler link tu.. sedap lagi suara Zarul umbrella ni! dengan selamba aje dia belasah lagu tu).

Hari ni.. , seperti biasalah.. aku kalau sambil buat keje mmg akan layan lagu nya.., so layan lagu2 saari amri.. tiba2 tersangkut pulak 2 lagu ni.. 1 lagu dari Zarul Umbrella.. dan satu lagi dari Amir Ukays..

Lagu pertama -Zarul Umbrella –

dan lagu kedua dari Amir Ukay’s

Somehow.. aku mmg suka lagu2 ciptaan saari amri ni dulu..! apa yg jadi kt dia.. aku tak angkat port lah.. aku cuma harap dia boleh buat comeback..

best tak lagu kt atas? macam best kan? 2-3 kali dengar sudah tangkap eh?

ini bukan post promosi.. , mmg aku harap kumpulan2 bawah saaari amri ni .. boleh buat comeback.

psst.. kalo korang nak 2-3 lagu yg aku ada cipta.. mana tau boleh ngam dgn suara korang.. (eh.. sempat lagi promosi tu!).

~~~

Update : 15/feb/2012 –

Di sebabkan Zarul tulis mintak para pembaca blognya dan peminat menyebarkan virus lagu baru nya. (yg saya dah buat lagi awal lagi.. )

maka saya update kt sini.

lawati blog zarul umbrella – Tolong Sebarkan Virus “Sayang Bersebab

p/s : korang pun boleh laa tolong cilok ini youtube video dan kasi post kt merata! kita kasi viral ini video..(betul kata zarul.., zaman skang.. mana bleh harap kan syarikat rakaman sangat dah.. EMI pun dah tutup.., so.. artis-artis yg betul2 nk cari makan.. kene kreatif sikit utk gunakan social media sebagai saluran baru utk promosi..! zaman artis majalah mangga .. bergambar tak pakai baju dlm kolam renang tu dah berlalu.. – “er.. ko pernah ke zarul? ” )..