Tags

, , , , , , , , , , ,

Atuk yg bijak ni..!

Aku suka memerhati kehidupan atuk aku.., sememangnya aku rapat dgn atuk aku. Boleh di katakan paling rapat lah.. even anak2 atuk aku pun (pak2 sedara dan mak sedara) tak serapat aku.Mungkin kerana, dari kecik atuk aku duduk dgn aku.. jaga aku.. dan bawak aku naik beskal keliling kampung kot? atau bila zaman sekolah asrama, bila cuti sekolah pun.. aku mmg akan balik KL rumah atuk aku dan cari keje part time, (dapat duit lebih.., bagi atuk aku jugak..! )

Jadinya ada beberapa habit/perangai atuk aku yg aku perhatikan menurun kt aku. Yang paling kuat adalah – ‘Hoarder’ – pengutip.! aku suka mengumpul barang2 lama., dan simpan barang2.. jadi aku banyak laa barang2 lama ni. :p (yang tak guna pun.)  Nanti aku buat satu post pasal macam mana plan aku nk clearkan dari jadi Hoarder ni.! plan dah ada.. tunggu aku explain nanti.

Atuk aku ni .. idak ler kaya sangat., dia bekas Askar melayu.! garang orangnya.! tapi rajin bekerja. Cara hidup nya yang simple memang memberi kesan pada aku.. aku banyak belajar dari dia.

Hari ni aku nak cerita.. apa 10 benda yg atuk kita boleh hidup tanpanya.. dan kita juga boleh cuba. Benda2 ni mengurangkan kos perbelanjaaan bulanan kita dgn agak banyak juga..! mula2 nampak kecil.. tapi bila di himpun kan.. ianya jadi besar!

10 Benda-benda yang Atuk kita tak ada pun.. (mungkin kita pun boleh hidup tanpanya..?)

1. Iphone/Blackberry/Smartphone – Eh.. bukan handphone tu wajib ke? Maybe simple one cukup kot.. Yang aku nk komen adalah smartfon macam Iphone/Blackberry yang korang kene beli beribu-ribu harganya.. dan kene subscribe pulak data plan ber giga-gigabait banyak nya..! Well, aku pakai blackberry gak.. tapi aku ambik pakej paling minimum.. RM40 sebulan utk 5mb data.. (skang BB dah kasik free lagi 250mb data) Still 250mb data tu aku tak pakai pun.. bila check bill.. penggunaan aku sekadar 2-3 megabait saja.. dan bill aku adalah minimum RM120 (80 voice plan + 40 BB) . Aku lihat kawan2 aku punya phone bill.. mata aku terbeliak – total bill tiap bulan dalam RM500!! pheww.. slalunya sebab terlebih guna data plan.!  Iphone mmg jahat bab2 ni.! dan syarikat telco pun sama.. ada daily cap pulak! katakan data plan kau 1GB, bahagi 30 hari.. sehari kau boleh guna sampai 33.33mb saja.. kalau lebih kene caj lain dan mahal..! . Pengakuan :  I own a DroidX, and curse the bill every time it hits the mailbox!

2. Alat peunjuk jalan GPS –  Aku perasan kereta sekarang.. macam satu keperluan pulak nak ada GPS device ni yer? Tapi masih juga ramai kawan kita yg lambat sampai bila berjanji utk berjumpa kan? alasan ? GPS aku bodo laa.. pegi tunjuk aku jalan jauh..! (dalam hati aku : GPS bodo ke.. kau yg dungu?), Ini satu benda yg aku masih lagi rasa tak perlu .. cukup aku tau kemana aku nak pegi.. dan aku tanya orang kt mana agak2 tempat tu..! Pengakuan :  Er.. aku ada pakai Google map jugak dalam BB aku.! tapi dah benda tu terbina dalam BB.. guna aje laa kan? tak perlu laa nak beli separate device utk GPS navigation kot?

3. 3D LCD TV. Kalau pegi rumah atuk aku , dia masih lagi pakai TV kotak besar warna merah Sanyo yg aku tak tau dari tahun berapa ntah dia pakai. Aku ingat ada lebih 10 tahun kot.. Dia tak kesah pakai TV lama pun.. sebab sekadar nak tengok berita aje..  Aku tengok trend sekarang utk beli TV – maak aii.! TV LCD dah tak main! tak gerek laa bro.! jadi ? Beli 3D LCD TV lah.!  harga? – RM12,000 utk 47inci..! humakk aiii.! tak ke membazir beli TV mahal2.. yg mana lepas 2-3 tahun.. sama macam LCD dulu… harga akan jatuh jugak! Pengakuan sendiri : Aku ada beli LCD TV Toshiba jugak.! 37inci.! tapi koragn tau laa aku.. aku beli kt kedai yg paling murah aku boleh cari .. itu pun aku rasa sangat mahal.. dan membazir..! Adakah aku nk upgrade? tak .. aku takkan upgrade ke 3D LCD ni.! mengarut aje..

4. Ketuhar Mikrowave. – Seriusly.. sedap ke benda2 yg di masak dalam mikrowave ni? aku tak pernah suka..! Kalau dari dalam oven biasa tu .! yes.. itu sedap! lagi pun.. kajian sains kata. makan makanan yg di mikrowave kan ni tak bagus.! so.. aku ada satu mikro wave.. tapi jarang sangat guna..!

5. Duit Plastik / Kad kredit .  Er.., ada ke  atuk kita beli barang pakai kredit kad.. atau duit plastik ni. ? Macam atuk , semua benda dia beli cash, dan lagi pulak dia pandai bertukang2 dan DIY ni. Boleh kata kebanyakan perabut kt rumah dia adalah perabut yg orang dah nak buang..dan dia repair / syelek kan balik jadi nampak baru.. elok. Rumah dia skang pun dia bina sendiri. (nota : kau boleh? :p)

Kita sekarang, hidup berhutang keliling pinggang. sampai kene makan maggi nak bayar hutang.! Orang beli itu kita pun nak beli.. orang ada itu.. kita pun nak ada.. , last-last? Boleh hancur kehidupan di sebabkan penangan kad kredit ni tau..! Ada dari kita yg sampai kene buat loan lain pulak nak settle kan hutang kredit kad yg dah membukit tu. Pengakuan sendiri : Aku pun pernah jadi mangsa dulu, pernah ada kad kredit zaman2 gelap dulu.. itu pun terpengaruh dgn kawan yg akhirnya gunakan kad aku utk bisness dia.. dan panjanglah citer nya. Tapi akhirnya.. aku berjaya clearkan hutang ni. Dan selepas itu.. tiada lagi aku memakai kad kredit. Aku cuma hanya ada Kad Ceri Maybank tu aje.. *(Debit kad)

6. Astro – Satelit TV. Mana laa atuk kita ada Astro.., rumah atuk aku takde.! tgk AF pun idak dia.! :p. , tapi kita? macam tak boleh hidup tanpa Astro eh? macam lah semua channel nak tengok sampai buntang mata..! Dulu-dulu senang.. ada 3 channel.. – TV1, TV2 dan TV3.. abis citer.. tgk aje laa! baik citer kombat., citer A-Team. Airwolf? haa.. layan jer. Sekarang? kalau ada astro semua channel nak ada..! last2 kene bayor – RM150 sebulan utk Astro yg kadang takde masa pun tengok. Seriously.. mmg takde masa. Pengakuan sendiri : Aku pun antu-TV jugak.. pernah subscrive Astro Beyond. Tapi dah kensel dah.. tutup akaun. Sebab? aku rasakan aku takde masa utk tgk pun.. balik dah lewat.. terus tido.. tgk pun kadang2 aje Weekend! pada aku sangat membazir! So, kalo aku sangap nk tgk movie / HBO apa aku buat? apa lagi.. upkan torrent laa.. kasi download.. dan layan kt TV besar! cukup laa seminggu skali.. tak payah nak bayar RM150 sebulan kt Astro.

7. Insurans Nyawa  –  Atuk kita ada ke? rasanya jarang yg ada kan? atuk aku memang takde insurans, walau pun dia bekas askar. Dia cuma ada pencen aje.. itu pun sangat kecil . Kadang aku kesian kt atuk aku, nak pergi klinik kerajaan berkira. walhal dia bayar RM 1 ringgit aje.  Itu untung nya keje kerajaan ni eh? tak kesahlaa servis hospital tu macam mana pun, at least ada laa kan?  Generasi kita? Insurans tu dah macam wajib eh? Kalau takde.. rasa macam pelik sangat lah eh? Pengakuan sendiri :  Aku sendiri selama ni bergantung kepada  faedah kesihatan majikan saja, dulu keje bank , diaorang dah memang cover family jugak, now keje sekarang, pun sama.. cuma yang berbeza.. nilai faedah perubatan saja lah. Ada syarikat letak limit, ada yg takde limit. Jadi perlu ke tak insurans ni? – ikut kemampuan.. kalau ada berlebih duit.. ambiklah yg termampu, jgn sampai membebankan tiap2 bulan. Lagi pun kan ke kompeni kita dah ada cover untuk kesihatan kita, buat apa nak sampai 2-3 coverage kan? membazir tu. 

8. Konsol permainan Playstation , Xbox dan Wii.  Korang ada? trend masa kini – aku tengok kebanyakan rumah sekarang mesti ada konsol ni! Mungkin generasi game kot? ? Semestinya – rumah atuk aku takde laa benda2 ni., semasa korang dok main game golf kt PS3, atuk kita menebas satu padang kt depan rumah tu. Pengakuan sendiri :  Aku ada belikan anak aku PS2, itu pun lepas tak tahan tengok anak2 aku asik dok berjalan rumah orang aje.. nak tumpang main PS2. Haih.., dah beli.. kejap aje dah lingkup! Adakah aku teringin nk ada satu? Maybe kalau aku beli satu pun.. aku nk beli Wii – sebab? AKu berkenan tengok Wii-fit tu. nampak cam best gak boleh lompat2 keluar peluh sambil having fun satu keluarga kan?

9. Keahlian Gym – Fitness First, Celebriti Fitness, True fitnes –  Korang bayar ke RM150 sebulan (average) untuk berlari atas ‘treadmill’, eksesais angkat dumbell, dan dok guna basikal tak bergerak tu? Atuk kita? dia naik basikal tua – keliling kampung.. ke surau.. atau ke kedai. Dan dia tak pernah duduk diam , ada aje keje dia kt keliling rumah tu. Atuk aku masih kekal segak dan sihat walau pun dan mencecah 90’an.. itulah berkat hidup aktif dia. Pantang ada tanah – mesti dia bercucuk tanam.

10. Pinjaman Pelarajan PTPTN, Mara, JPA  – Seingat korang lah, zaman2 atuk dan abah kita dulu.. macam mana diaorang nak pegi belajar? Ingat lagi tak kisah2 dulu? Bila anak si polan2 tu dapat masuk U, pergh satu kampung bangga.! dan pastinya Atuk kita akan tanggung sendiri kos perbelanjaan anak nak belajar tu. Ada yang jual bendang, ada yang jual tanah, ada yg jual lembu. Yang pasti itulah harga pengorbanan utk anak mereka. Dan anak yg pegi belajar tu pulak…  mesti ada rasa pressure nya.. , maunya idak.. mak bapak dah jual segala benda nak bayar duit kau belajr.! kau takkan nak main-main.

Itu dulu. zaman sekarang? boleh kata semua orang ambil pinjaman pelajaran.. samada dgn PTPTN, MARA, JPA.. dan bank-bank. Tapi membayornya.. liat eh? haha.. (nota : bayor ler duit tu Yop oii! kau dok pakai duit anak orang lain yg tak dapat belajar kerana kau tak bayar hutang tu! , kau dah lepas dan dah senang skang.! bayor jer le.! tak dapat banyak sikit.! sikit-sikti.. lelama abis ler Yop..)

Kenapa kena buat loan? – kalo dulu kos belajar tak semahal sekarang, dan mungkin dulu.. kerajaan banyak bantu. Sekarang? boleh ke nk belajar tanpa buat loan?  Eh.. di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan. Pengakuan sendiri : aku belajar dulu pakai duit sendiri.. siang keje.. malam belajar.! itu pun sebelum tu kene kerja siang malam jugak nak cukup kan duit belajar tu.  Jadinya.. kalau nak tu boleh.. tapi susah sikit ler dik