Salam semua.

Kalo ikutkan aku nak tulis pasal benda lain.. skali terbaca kt blog Diana.. (comatosewithbraindamage)

Selalunya yang TAKDE ni suka sangat MENG-ADA ADA KAN dan GIGIH MENG-EXPLAIN padahal aku tak kisah punnn let alone nak ambik tau

aku suka.. terus macam .. eh.. aku kenal orang2 gini.!ramai.. ada di sekeliling.! kadang tu rimas gak..🙂

jom kita intai sikit apa diana tu tulis..

Letih layan orang macam ni.

Dah banyak kali aku jumpa spesis macam ni.
Bangsa yang trying to hard to impress people. Padahal makin dia beria-ia nak convincekan kita dengan cerita dia, makin nampak beno menipunyeeeeeeeeeeee.
Terus aku hilang respek.

Tapi aku noticed orang yang cakap beria-ia ni sebenarnya dia takde apa pun. Dia sendiri tau dia takde apa yang boleh dibanggakan. Kalau ada pun sikit sangat. Tapi cerita macam nak rak. Yang ada macam-macam ni mostly selamba je. Tapi yang takde apa-apa ni kuat bergebang satu hal, pastu satu lagi suka sangat jaga tepi kain orang. Kejap-kejap tanya beli apa? Beli apa? Ada yang lagi insecure tu siap mintak tolong orang lain tengokkan ‘Cuba kau tolong tanya, betul ke dia beli rumah baru?’

Aku penah kenal sorang budak ni. Bukan kawan, tapi just kenal-kenal gitu.
Masa awal-awal kenal mana la kita nak tau dia ni jenis macamana kan, so aku percaya je la apa yang dia cakap. Dah dia bercerita tentang diri sendiri, sape lagi yang aku nak percaya kalau bukan tuan punya badan sendiri?

Study overseas.

Keje busy semedang. Orang lain keje 8-5, 6 working days. Dia lebih lagiii. Sebab dia ada a few business.

Keta 5 bijik.
Dia la cerita. Takkan aku nak hantar spy gi check berapa banyak keta dia ada kot.

Rumah ada 4 bijik. 3 banglo.
Ni pun tengah plan nak beli kondo.

Siap perli aku bila aku cakap aku beli baju kat Parkson je.
‘Parkson??? My wife tak suka betul masuk Parkson. Paling-paling pun PADINI’.

Hoi bodo.
PADINI tu dalam Parkson pun ada ok?

Tapi kalau nak bercakap ngan aku, mis-call.
Nak sms pun kemut.
Bayar makan apetah lagi. Kalau aku tak ajak makan, nama dia nak ajak aku makan memang takde la.
Tapi kalau aku yang ajak makan, dengan pantasnya ‘You belanja ok?’.
Kedekut taik idung masin. Apelah malang orang yang berlakikan kau.

Ujung-ujung baru aku tau yang dia ni propa.

Duduk dengan parents rupanya.
Parents dia yag ada rumah sampai 4 bijik, bukannya dia.
Kesian kan? Berangan tak agak-agak.
Punya la nak convincekan semorang yang dia kaya, sampai sanggup manipulasikan fakta. Well, memangla secara lojiknya harta bapak kau adelah harta kau jugak. Tapi tolonglah berpijak di bumi sikit. Ni la salah satu contoh manusia poyo. Orang yang berusaha sampai kaya pun tak apa-apa, dia yang takde sangkut-paut pulak yang lebih-lebih.

Helooo! Tak salah duduk dengan parents. Bukan bermaksud duduk dengan parents maka kau takde duit beli rumah sendiri. Dah kalau mak bapak kau kaya, rumah dia besar ada lapanblas bilik, kitorang pun paham kau takyah beli rumah lain pun takpe. Yang kau beria-ia nak cerita kau ada 3-4 bijik rumah tu pesal? Takut orang kata kau tak mampu beli rumah?
Sorry ye, kitorang semua terpelajar. Tak shallow macam kau.

Dia kata dia busy dengan keje. Wife pun keje besar.
So aku pressume dia ada bibik, paling tak pun hantar nursery.
Bila aku tanya anak-anak siapa jaga?

‘I mintak mak I tolong jaga. I lagi percaya keluarga sendiri jaga dari orang lain yang jaga. Lagi terjamin’.

Cara bercakap tu macam dia ngan mak duduk asing-asing. Padahalllllllllll memang duduk dengan mak.
Cipet betul.
Gila berlagak.

Yang bab bisnes tu yang paling aku takleh terima.
Bab ni aku la yang bodoh sebenarnya.
Tapi sebenarnya aku tak bodoh sangat (denial gila!) sebab what do you expect bila orang cakap dia ada 3-4 bijik banglo, 5 bijik kereta, ada a few business???

Mesti la kau akan imagine yang gempak-gempak punya bisnes ala-ala cerita Yusof Haslam.

Sekaliiiiiiiiiiiii??!!!

Jual prepaid.
Tolong mak mertua jual tudung.
Tolong kawan jual bahagian-bahagian keta potong.
Kalau ada orang kawen, dia jadi fotographer (guna Cybershot, boleh?)

Memang tak salah bisnes yang dia buat ni.
Sikit tak salah.

Yang salahnya adelah cara dia bagitau tu macamkan kau handle 3-4 bijik mega company.
Cakap memang lebat.

Manusia yang suka cakap lebat tanpa bukti yang menyokong bijik butir yang dia cakap tu patutnya ditanam hidup-hidup. Hidup pun untuk menipu je keje, buat apa?

Gaji less than 3K ada hati cerita beli banglo sampai 3 bijik.
Keta lima bijik tu pun sebab dia kira sekali kereta makbapak dia. Padahal dia ngan bini dia share satu keta je.

Tak salah lansung kalau kau hanya ada sebijik kereta je.
Yang salah is kalau kau ada setengah bijik keta.
Lagi salah bila kau sorang-sorang feeling keta orang lain adelah kereta kau. Ni salah tahap musibat.

Sampai situ aje laa aku Quote.. (pinjam eh Diana.! ko tak charge aku kan?)

teringat aku 2-3 orang musibat macam ni.. hahaahah.., terus aku komen kt blog Diana tu..

Ini komen aku –

haa.. citer ni aku nk komen! tak kire.. korang kene baca. :p.

~~
orang yg xder pa-per ni mmg berusaha gigih nk yakinkan kita yg dia orang ni ada apa-apa.! nk suruh respek konon. duh.. apa patut kita buat?

– buat bodoh sudah. kalau rajin – feed the ego.. kasi laa dia happy.!

Aku perhatikan banyak tempat..
– orang yg kurang IQ ni lah yang nak tunjuk dia paling pandai. duh.. (cuba ajak dia pegi test MENSA tgk.. kalau betul pandai sangat)

– orang yg kurang rete ni lah nk eksyen macam dia laa yg paling ada rete – last2 terkeluar status FB – adoi.. duit tinggal korek2 jer ni.. ujung bulan lambat lagi. (lepas 2-3 orang member tembak kt status FB – haih kata slalu makan TGIF/Chillies…takkan awal bulan lagi dah kontang?) terus delete..! sentaps noks….! hahahah..

– kalau dari segi rupa pulak – orang yg kurang rupa ni laa yg paling kuat mengutuk rupa/fizikal orang lain..! aku kadang.. mengucap dalam hati..! haihlah.. cik adik.. pegi cermin diri cik adik tu.! jgn lah mulut busuk sangat.! sbb tu smpai skang dok macam tu jugak… mulut lompang sangat..

oleh itu – adik2/abang2/akak2/.. jadi diri sendiri sudah.. tak payah nk bertewas2 ni.. tak kemananya.! balik rumah.. main dgn anak bini lagi bahagia hidup. tak payah ler pedulikan orang lain lagi bagus ke.. lagi hebat dari kita.🙂

tak gitu cik puan diana?

Korang pernah jumpa orang gini? Cer citer.. cer citer..

cer citer .. cer citer..

(gambar ihsan dari filem : Kak Limah.. )