Salam semua.! (Assalamualaikum utk yg seagama dgn saya dan Salam Sejahtera utk rakan2 berlainan agama.. )

Kisah nya pagi ni, aku nk share dgn korang kesah satu cerita pasal lagu.

Korang pernah dengar tak lagu yg annoying.., dia punya tahap annoying tu.. tak boleh belah! dia tetap keep spinning macam rekod yg tak nak berhenti dalam kepala kau..! eyooww.. eyyooowww..

Haa.., inilah lagu kt bawah ni., yg ntah macammana laa , ada satu budak kt satu forumni kata , lagu ni lagu dia cipta..! dia pun upload ker..dan aku pun download ler kasi dengar.. (abis.. kata nak mintak pendapat kan..)

Lagu ni biasa2 aje., tapi dia punya English diction tu. (sebutan english) mmg totally out terus! patut lirik ‘it was you.. ‘ dapat kt penyanyi ni.. tinggal eyyoewww ..eyyooww aje..!

Bini gua dengar lagu ni.. mula2 dia annoyed, pastu dia tgk aku lagi annoyed.., last2 dia jadikan lagu ni sebagai lagu rasmi utk kasi aku annoyed dgn dia..! merata-rata dia nyanyi lagu ni.. dalam kereta, tgh2 jalan kt shopping kompleks.., sambil masak.., aduh.. mmg sakit telinga.. aku rasa macam nyamuk.. :p.

mari dengar..

macam mana terjumpa? – Smalam aku jamming dgn geng-geng biasa., masa dah nak last song tu.., ada pulak permintaaan nk main lagu ni,, aku kata lagu apa tu? kasi pasang utube sikit., skali pasang.. ler.. ini lagu ke?

hahahha.. aku kelakar sendiri. Tak dapat tidak, aku kene share lah sini.!  kasi bini aku tau .. yg aku dah jumpa lagu yg dia minat giler tu! (lagu tu sebenarnya.. aku dah delete dari dalam gerobok mp3 aku .. jadi bini aku tak dapat lagi menganjeng aku dgn lagu ni! hahaha )

korang ada lagu yg menjadi siulan.. bukan sebab suka.. tapi sebab ianya annoying? cer citer.. cer citer.. :p.