Tags

, , , , , , , , , , , , , ,

Sekadar sisipan kisah menyayat hati..

Terbaca berita bawah ni dlm metro siang tadi.., adui.. hiba terus hati aku tgk gambar dia.! terbaik sapa yg ambik gambar tu.. .., (aku yg masa tu tengah nk marah kt staff aku .. ada ler benda yg diarang salah masa tu.., terpandang muka depan metro tu.. terus capai .. dan masuk bilik aku dan bungkam baca..dan terus berkaca mata aku..) aku membayangkan budak tu menunggu 4 hari.. lapar.. lapar..ibu..lapar.. mungkin dia kejutkan mak dia..mungkin dia goyang mak dia.. sampai dia tak larat dah.. baring aje kt mak dia.. dia tak tau apa2.. busuk pun dia tunggu jugak.. berulat pun dia tunggu jugak.. hinggalah saat terakhirnya.. mujur ada orang report dan polis cepat bertindak.. syukur panjang umurnya..

korang baca.. dan cuba amati gambarnya.. lihat muka budak tu.. seolah dah hilang cahaya gembiranya..
kalau lah lambat sikit aje lagi orang jumpa.., budak ni pun arwah.. dah 4 hari tak makan....

~~~

SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.



Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.


Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.


“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.


Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

~~~~~

Di manakah nilai belas kasihan? gaduh apa pun.. apalah sampai bunuh membunuh.. dan di tinggalkan budak tu kt situ.. ..
Aku harap polis dapat selesaikan kes ni secepat mungkin.. dan budak ni dapat cari keluarga yg menyayangi dia sepenuhnya..,