Tags

, , , , , , , ,

Haa.., aku pernah baca benda ni kt majalah orang puteh saja, tak sangka pulak boleh di implement kt malaysia ni.

Nota : artikel ni berdasarkan pemerhatian penulis saja., tak semestinya betul eh., kalau salah anda silalah komen , supaya kita boleh sama-sama belajar.

Biasa kita beli barang atau pelan nak memiliki sesuatu – harga peribadi atau apa pun.. kita ada tengok bulan apa tak? takde? wah.. anda mestinya orang kaya baru! atau anda orang2 yg bertuah punya ‘rich-dad, rich datuk atau pak mertua kaya..

Saya hanya membeli sesuatu bila barangan tu murah di waktu tu.. Contoh di malaysia ni yg barangan murah ikut musim adalah.

1. Kereta – beli di hujung tahun..! slalu ada macam2 offer menarik dan masa ni para salesman sanggup hilang komisen mereka asalkan target achieve! Kenapa saya tau? kerana saya beli kereta di hujung tahun.., saya bukan saja dapat diskaun hujung tahun.. malah saya dapat pulak staff price.. :p.. (salesman tolong carikan kawan yg kerja kompeni kereta tu utk dapatkan harga diskaun tu)

– kelebihan lain membeli kereta di hujung tahun – dapat macam2 pakej dari syarikat kereta tu.. utk menggalakkan korang beli.

Tapi ada kerugiannya – rugi bila korang nk jual nanti.. dah rugi tahun, kata orang. Tapi aku peduli apa.. aku bukan pakai kereta nak jual kan.., aku pakai kereta utk pakai lah. nak tunggu tahun depan.. start bulan satu..  bila bisnes kereta dah pikap balik.. takde nya penjual kereta ni nk bagi offer macam2.

– tunggu stock clearance sale – haa! kereta pun ada stock clearance sale kauuu..! kelass gitu. Yang aku tau ada buat warehouse clearance sale ni adalah kereta2 brand yg kurang laku sikit..! skali buat clearance harga mmg murah..! contoh mazda – dulu2 zaman gelap mazda ni.. slalu buat yearly storage yard clearance sale..! harga dari 130k.. turun jadi 90 kadang sampai 80k.!  Aku ingat ni.. sbb aku pernah miss offer ni..

– satu lagi abang ipar ku – aku ingat dia ni beli storeyard sale jugak , kereta VW  polo utk isterinya – harga 70++k saja..! mana kau nak dapat VW baru .. dgn enjin baru semua .. DSG .. pada harga macam ni? memang laa model lama sikit., tapi teknologi dalam tu.. PRoton pun 10 tahun lagi , aku berani cap jari laa takkan sempat kejar ! masih lagi gearbox mitsu..atau OEM lain.

2. Barang keperluan anak-anak – baju, kasut dan segala kelengkapan – weii.. ini tak boleh jimat laa! ini keperluan.!  TAPI.. ada tapinya.., ada cara untuk jimatkan perbelanjaan..

– antaranya – beli masa sales back-to-school.., biaasa bulan 11 – 12 ada.., dan datang awal!! penting ni! aku slalu kena.. datang lambat.. saiz dah abis.. baju pun dah hitam.. macam2 orang test..try..pakai..

– beli masa sales bulan 3-4 – masa ni jualan kelengkapan skolah betul2 low – jadi banyak retailer akan buat sales masa ni.. clearance stok laa.. macam2 nama. Aku beli ekstra kasut utk kedua2 anak aku masa bulan2 ni. Cara ni bagus.. korang tak terbeban nk beli semua masa nak naik skolah.!

3. Perabot rumah? – waaa.. shopping sakan nampak!! hutang dah bayar? hahaha.., jgn marah aa! aku jenis tak suka berhutang utk beli barang2 rumah.. aku akan cari masa paling murah utk membeli perabut, baru aku beli. MAsalahnya bila?

– haaa., yang ni bulan nya tak tetap, kita kena tengok bila bulan takde apa2 perayaan! bulan tu lah paling slow sales dan masa ni pekilang perabut akan melelong banyak stok sedia ada utk stok baru.

– hujung tahun! haa.. ni betul jugak., hujung tahun dekat2 last weeek of December sampai tengah bulan januari.. akan ada banyak warehouse sales.., clearance sales. ! tujuan.. utk clear stok lama! kedai2 cina ni tau .. lepas raya cina.. takde orang nak beli perabut lama dah.! semua orang akan beralih ke perabut baru… model baru.. tahun baru. Jadi korang kena peka memerhatikan the star saturday! tgk kt mana ada warehouse sales..

4. Keahlian kelab Gym atau membership pusat kesihatan – well, ini aku takde lagi..! tapi sedang memerhati. Aku perhatikan.. bulan 6-7 (Jun dan Julai ) adalah bulan terbaik utk korang grab offer-offer bombastik dari pusat2 kesihatan dan gym seluruh negara!

– kenapa eh? – haa.., korang tau aje laa perangai manusia..! tiap kali tahun baru.. semangaat baru bagai! aku mau kurus.., perut aku buncit.. mesti di kecil kan! aku nak pegi gym! aku mesti sihat..! tapi …. itu semua ilusi semata.., menjelang bulan 4.. dah makin kurang pegi nya..! bulan 5.. tinggal 1-2 kali aje sebulan hinggap gym.., bulan 6.. haa.. ramai yg terminate membership! utk mengelakkan pendapatan mereka kurang – masa ni laa banyak offer keluar!

– cuba cari juga di LYN (Lowyat.net) bahagian kesihatan ada banyak member nk jual transfer membership pada bulan 6-7 ni.! dan terus bawak ke hujung tahun..! masa ni laa korang nak tekan sikit harga..! mana tau dapat lagi murah!

5. Barangan elektronik – mesin basuh.., peti sejuk.. tv.. seterika baru..! (seterika steam kome jatuh berderai lagi yer?:D)

– haa.. barangan di atas masanya adalah – jualan hujung tahun..! dan jualan warehouse di awal tahun..!, masa ni ..kau pergi laa harvey norman, senq, hap seng.., dan semua supermarket yg jual barangan letrik ni! semua ada jualan hujung tahun..! lagi best kalau tahun tu.. tahun lembap ekonomi..(macam tahun ni) aaa.. lagi banyak barang yg nak di lego..!

– apa sebab hujung tahun? sebab tahun depan.. model baru nk masuk.! semua model2 ni kene di clearkan setiap hujung tahun..!

– aku beli semua barangan letrik aku hujung tahun atau masa warehouse sale.. atau display unit masa sales! murah banyak beb..! berbaloi menunggu.

apa lagi eh? nanti aku fikir nanti.. aku update lagi.. :p. tata..