Tags

, , ,

Kejadian berlaku smalam.., aku on the way nak balik rumah.. Lalu highway.

Skali aku tgk kt depan ada orang tahan.. Tahan… Tapi x der orang nak berhenti..

Aku lalu… Aku nampak motor… Dan orangnya terbalik dlm longkang.

Terus aku berhenti. Mula2 aku dah undur dekat dgn kereta tu.. Tp.. Lepas tu. Aku kedepan jauh sikit. Sebenarnya kt tp highway ni bahaya..! Jadi kalau kita nk tolong orang , 1st pastikan diri kita..kereta kita berada dlm keadaan selamat dulu.

So.. Aku turun kereta, aku terus tgk keadaan mangsa, dlm hati aku.. Alamak. Kritikal ni.. Sbb lidah dia dh terkeluar..dan aku tgk mcm pernafasan dia mcm blocked.

Dlm pada tu.. Ada pulak 2 -3 penunggang motor berhenti.. Tengah aku nk periksa mangsa ni.ada pulak yg tegur – en..jgn usik-usik lah. Aku ckp.. ‘Bang, saya ni ahli pertolongan cemas terlatih, saya tahu apa yg saya buat’..

So. Aku cuba nak buka kan pernafasan dia.. , aku mengerengkan sikit badan dia.. Dan tundukkan kepala dia.. Elok aku aku ubah posisi tu.. Dengar bunyi dia mendesah mcm lembu kena sembelih.. Tanda pernafasan kembali .. Dan aku nampak dada dia berombak. Alhamdulillah.. Itu aje yg aku nak.. Sementara tunggu ambulan sampai.

Dlm pada tu.. Aku mencari-cari hp dia.., utk hubungi ahli keluarga dia. Bila aku nak buka jacket dia….baru ku perasan handphone dlm jacket dia.. Jenis nokia.
Isshk.. Tgk handphone dia.. Sayu rasa hati.. Kesian. Ada selotape…. Ada ada ikat-ikat.. Nasib baik berfungsi lagi. Aku cari2 no apa yg boleh aku hubungi..

Aku jumpa kt missed call.. Ada satu nombor yg xxder nama.. Ada bunga aje logonya.. Aku rasa..maybe somebody ni. Aku call nombor tu.. Dan terangkan yg aku call ni. Guna hp orang yg eksiden ni. Puan kenal x sapa pemilik nombor ni? Dia x jawab dah.. Dia terus nangis aje. Aku kene tenangkan dia dulu.. Dan suruh dia pegi ke hospital putrajaya. Ambulan pun dah sampai. So. Aku bantu angkatkan dia ke ambulan aje.

Itulah sikit episod smalam, bini aku cakap.. Kenapa aku suka tolong orang eksiden.. , jawab aku – aku sendiri x tau bila aku nk perlukan pertolongan orang.. Jadi sementara aku boleh bantu.. Aku buatlah apa yg aku tahu dan termampu.

Harap dia selamat.. (Walaupun dlm hati aku..mengatakan sebaliknya.. Nampak teruk lukanya). Masa aku nk bukak helmet dia.. Aku x jadi.. Lepas tgk helmet tu dah pecahh.. Adui..

Korang yg pakai motor..tolonglah beli helmet yg elok! Smalam tu helmet apollo! Kalau x der apa2 mmg ok! Tapi kalau berlaku apa2 helmetlah yg penting.

Aku sendiri masa bawak motor beberapa kali eksiden.. Helmet aku banyak menyelamatkan aku. Mmg mahal masa beli.. Tapi itulah harga utk keselamatan. Aku x kan kompromi. Aku harap korang juga!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements