Hai.. hai.. hai..! masih bulan raya bukan? Selamat Hari Raya..!๐Ÿ™‚.

Selepas raya ni.. sambil memandu kereta ke office.., telinga ku menangkap satu lagu baru yg sangat catchy..!

suara jejaka ini sangat lah familiar..! hah.. ternyata dia dah dapat balik ‘tone’ nya yg trademark tu..!

Itulah dia Sohaimi Meor Hassan.. , cuma.. dlm lagu tu ada di selitkan pasangan duet wanita – sangat fresh suaranya.. dan girang! aku suka..

dah 2-3 kali dengar lagu tu.. baru lah tau… Ohhh.. Anna Raffali rupanya..๐Ÿ™‚.. comelnya suaranya.. secomel orangnya.. ! (sorry lagu anna sebelum ni – Ingatkan aku yang ERA dok paksakan ke telinga pendengar .. kedengaran kaku dan tak menjadi..! aku kurang suka mendengarnya..!.., dengar macam trying too hard.! tak rasa natural pada pendengara aku )

Syabas.. lagu ni ..dari awal sampai habis.. memang menghiburkan.. dan sempat menasihatkan..! ibarat nasihat ayah kepada anak gadisnya..๐Ÿ™‚

– Iyalah.. Sohaimi ni dah 50lebih dah oii., Anna baru 20-an..

marilah dengar.. !

Lagu baru yg catchy – Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan dgn Ana Raffali & Altimet

ada pulak part.. suara syaitan yg mendorong melakukan kemaksiatan.๐Ÿ™‚

Di bawah ini , liriknyaย  –

Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan dgn Ana Raffali & Altimet

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

~~~~~

Pesanan pemilik blog : Belilah yg original ya! jgn dengar free saja.! sokonglah abang Sohaimi kita ni! tak mahal albumnya.. , beli album backstreet boy bleh.! apa lah sangat sokong artis tempatan! Jangan download ya! beli dan anda membantu keseluruhan industri muzik tanahair.Insya’allah..

Setiap perubahan bermula bukan dari orang lain.. tapi dari kita!๐Ÿ™‚