Tags

, , , , , , , , , ,

Salam semua,

Perasan tak sejak 2 menjak ni., lagu-lagu raya baru begitu kemarau! lama betul kemarau lagu raya yg best2 ni ya?

bila last lagu raya generasi baru yg best? aku rasa zaman Irama Malaysia Pak Ngah tu aje kot – yg Siti nurhaliza nyanyi tu..! itu lah yg last generasi lagu raya yg best -eh.. dah dekat satu dekat berlalu eh? Ye lah – lagu Raya millenium tu tahun 2000.., dan lagu2 Siti tu dalam tahun-tahun tu jugak kan?

mana pegi pencipta lagu kt malaysia ni? hancur dah semua? kering idea?

Tiba-tiba , dlm kebosanan layan lagu raya stok lama., terdengar kt telinga aku kt Sinar.fm – eh. macam lagu baru., suara Sifu M.Nasir dan Salleh Yaacob? hmm.. sekali dengar macam kelam-kabut., 2-3 kali dengar macam best pulak..Woo.. kolaborasi sempoi ni! sebab.. Salleh dgn cara dia yg ada unsur2 hindustan tu..dan M.nasir stail dialah dgn unsur usik mengusik nya. ! Unik pada aku! at least adalah satu lagu raya dari 2010 utk di pasang di tahun-tahun akan datang!

korang tau tak lagu raya Dendang perantau .. dan lagu2 zaman DJ Dave tu dah dekat 50 tahun dah dek! takkan takde pembaharuan?

Ok lah.. korang mesti tersesat kt blog ni sebab nak dengar lagu ni kan! ok lah.., aku tak lengah-lengah kan lagi! Dengar dan layan laa lagu ni! (buat masa ni takde video klip lagi!) , jadi layan aje laa gambar statik tu.. dan lagu ni!

Lirik? nak lirik pulak! alaa google ajelaa! hahhahah.. ok lah. aku kasi lirik kt bawah ni :

Lirik Pening Raya

M.Nasir & Salih Yaccob

Salih: Eh Nasir tolong aku

Nasir: Tolong apa?
Salih: La Marilah tolong aku kejap..
Aku pening lah

Nasir: Pening?

Salih: Kau Boleh tolong tak?

Nasir: Apa yang kau nak?

Salih: Apa dia? Tak dengar..

Nasir:

Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi Raya?
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagiā€¦.

Salih:

Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai Hari Raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

Nasir:

Aku pohon kau terima
Hari ini Hari Raya
Bukan mesti
banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening, jangan runsing
Jangan
pening (x3)

Salih:

Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih, mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi Aku

Nasir:

Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Salih: Kalau begitu carannya baru aku terima

Nasir & Salih: Semuanya dah sedia

Salih: Tiba sudah Hari Raya
Mari kita bergembira

Nasir & Salih:

Jangan pening
Taknak pening
Buat pe pening
Usah pening
Pening (x2)
Jangan pening
Pening (x3)

..

Ahh.. beli, jgn tak beli Dek Non! jgn ingat nak download haje! :D.., aku pun beli tau! walau nak dengar satu lagu aje! tapi ada lagu lain yg best dalam album ni! murah aje – RM26.90 aje. Pegi kedai kaset cari CD – Album Kompilari Raya terbitanĀ  Luncai Emas (syarikat M.nasir)

About these ads