Yo..! apa khabar? korang masih pose? yg pompuan tu.. dah berapa ari tinggal? aa.. ada yg beruntung dapat cuti di penghujung-penghujung ni eh? Seronok laa korang buat kueh raya siap test-test lagi.🙂 (kalo laa buat kuih raya tu kan.., skang ni ramai yg dah buat kuih tunjuk-tunjuk aje.. )

Ada kawan aku tgh sibuk mengejar tempahan kek dan biskut-biskutnya.. siap cuti lagi tu!🙂.. jgn lupa kek gua eh!🙂..

Aih., seperti lazimnya.., tahun ni shopping raya utk anak-anak di buat lambat sikit, Almaklumlah.., tahun ni tak semewah tahun sebelumnya,. dugaan Allah.. utk hambanya di muka bumi ni., namun, tak perlu lah anak-anak tau apa kesusahan ibu bapa. Raya setahun sekali ,.., yang penting anak-anak gembira. Untuk aku.., tahun ni.. raya di tangguhkan lah.

lagi pun anak-anak tak beraya dgn aku tahun ni,,. diaorang akan beraya dgn mak diaorang kt pantai timur.

apalah erti raya tu tanpa diaorang.., kurang meriah nya..

akhirnya.. setelah berjalan ke sana kemari. dapatlah hasilnya sorang selai jeans dan t-shirt.

Eh..eh.. sempat cik puan sambar beg idamannya..:).. takpelah memang rezeki dia.

Settle shopping part 1.., balik berbuka kt rumah.. anak2 ada tuisyen pulak. Abislah kesah shopping satu..🙂..

Selamat menyambut ketibaan Syawal utk semua.. !