Tags

, , , , , , , , , , , ,

Entry kali ni dah mula berbaur raya..

kisahnya.. lepas board meeting tadi., aku melayan perasaan dengar lagu raya baru.. dari Raihan dan Hujan..

tanpa ku sedari .. bergenang air mata aku.. , terkenang susah senang hidup masa kecil..

mmg tepat setiap bait lirik lagu raya ni., betapa walau susah pun.. mak abah aku tetap cuba sehabis boleh.. utk menceriakan anak-anak.! asalkan jgn kurang dari anak orang lain.

mari kita dengar lagu dulu…

Aku masih ingat lagi.., satu tahun tu.. aku form 1 kot.., dah nak raya.. takde kasut pun tahun tu..

Aku macam tak mengharap sangat.., tapi abah aku beria ajak aku pegi pekan sari minggu tu..(pekan sari – pasar minggu) utk cari kasut.. !

Cari punya cari.. takde yg berkenan. ada satu yg berkenan .. saiznya besar laa pulak.

Tapi.. ayah aku ambik jugak.! adeh.., itulah kasut bersejarah yg buat aku kene gelak..๐Ÿ™‚..

sebab? kaki aku saiz 35-36 kot masa tu.., ayah aku belikan saiz 44.. kan ke dah jadi macam kapal tu. atau macam Ronald McDonald punya kasut..(kasut badut)..

tapi.. pakai jugak.. walau macam kapal pun.. itu aje yg ada.. sumbat kertas pun sumbat lah!

itulah sebab dengar lagu di atas.. tak sedar airmata aku bergenang.. aaih.. betapa berbeza hidup aku sekarang., anak2 aku tak merasa pun kesusahan aku dulu.., segala apa pun nak.. dapat aje.

Pesan aku pada semua pembaca blog ni – hargailah ibu bapa kita… sementara dia masih ada.., cubalah berbakti kepada mereka.. dgn apa juga cara..! mereka dah membesarkan kita.. tak mintak balasan pun., cukuplah kalau kita ingat mereka., dan jangan lah bagi mereka rasa susah dulu lagi.., bagi laa sikit kesenangan.. hasil dari penat lelah mereka membesarkan kita.

Insya’allah.., apa yg kita buat hari ni.. sebenarnya menunjukkan contoh teladan pada anak2 kita.., esok2 anak2 kita akan besar jugak.., paling tidak diaorang akan ingat tradisi mak ayah mereka.. mengutamakan atuk dan nenek mereka..

Salam aidilfitri ayah dan bonda ku..! tahun ni anakanda mu ni tak pulang kekampung.., beraya di melaka pulak..*rumah mak lagi satu (mak mertua) .. kita jumpa la di raya ke-empat ya! insya’allah..