Tags

, , , , , , ,

Ni entry mempromosikan Gerai dan jugak Restoran milik sahabat baik kami suami isteri.

Tiap kali Ramadhan – (dah 2 kali la) , aku akan turun ke melaka .. utk berbuka puasa dgn sahabat ni.

Kali ni.. tahun ni pun tak terkecuali.

Kalau korang kt Melaka tu nak cari beriani yg betul-betul piaw.. haa.. jgn pegi tempat lain – pegi laa ke Pasar Ramadhan Peringgit . Cari kedai Eucy dan Nazli ni kt hujung skali.. mmg strategik tempat diaorang ni.

Ingat brand ni - Beriani Haji Tamby! Original dari Padang Temu!

Haa.. kalau datang ke Peringgit – cari kedai di atas eh.

Apa yg begitu istimewa beriani dia ni? Mari aku list satu persatu…

1. Beriani dia murah dari orang lain! dikala kita dengar kt pasar ramadhan semua peniaga mencekik darah..! diaorang laki-bini ni kasi turun harga lagi – kurang 50sen!

2. Nasi banyak! kau beli nasi dia boleh makan 2 orang! gerenti kenyang!

3. Nasi dia sendiri pun dah sedap! ini lah yg istimewa..! teringat aku makan beriani Saba.. yg nasi dia saja dah sedap.., haa.. Yang ni lagi sedap! tapi harga 4 kali ganda murah dari Saba Beriani..( kt Saba satu bariani – harga RM18.. 22 ringgit..Β  ada berani?)

4. Kalau korang peminat kambing – haa ini lah tempatnya! mmg sedap berani kambing dia.

5. Ayam madu yg cukup rasa! cukup rasa ni maksudnya..bukan sekadar manis.. takde rasa tapi semua rasa ada.. manis.. rempah.., panas rempah tu..! mmg pure! dan piaw!

Itu tokey besar tu – laki si Eucy – Nazli.. dia lah frontman skang! bagus betul pasangan duo ni! sorang pandai masak (eucy) sorang terrer marketing.. (nazli)

Gambar di atas ni .. gambar taun lepas.. sebab tahun ni.. aku tak sempat nak singgah.! terus ke kedai dia..lagi pun tahun ni..mmg sangat ramai orang! pekerja kt gerai pasar ramadhan dia saja dah 5-6 orang.. tak campur tokey.

Dia ni mmg tak kedekut langsung.. biasa memberi lebih.. , sedekah katanya..

Ini laa Eucy.. dan cik Puan Kecik.. (bersama anak eucy..)

Gambar atas ni.. kt Kedai mereka kt area Padang Temu..! (rujuk pada banner dalam gambar di atas..! ada nombor telefon skali! )

Jadi pada kawan2.. kalau nak buat kenduri ke., majlis keramaian ke.., rumah terbuka ke.. , boleh laa booking dgn eucy ni.! diaorang mmg pkar masak utk majlis keramaian.

Kalau korang nak bersedekah jugak., pun boleh kontek diaorang ni.. cakap aje nk bersedekah ke mana-mana.., berapa bajet.. , ko bayar aje.. diaorang ni akan masakkan.., bungkus kan dan agih2kan ke tempat2 yg korang dah set atau yg mereka ni cadangkan..πŸ™‚

Bulan2 puasa ni – bagi orang makan tu.. satu sedekah yg sangat mulia..

Semoga makin murah rezeki korang eh Eucy! Raya ni aku bertandang rumah kau..! jgn lupa lauk special yg boleh membuasirkan diri!πŸ™‚