eh.. sapa nak kenal Girlfriend Ramadhan aku.. , yg ni official ni.. my wife pun tau.. , ex pun tau.. :p.

ni gambar dia masa birthday dia 2-3 tahun lepas.

Apa khabar cek? lama tak jumpa...

amacam ? Aaa.. manjacat – lap air liur tu. puasa.πŸ™‚

Kesahnya – dia ni rakan sekerja aku., sangat baik., boleh di katakan rapat jugak dgn aku. Tapi aku dgn dia akan jadi ‘extra’ baik di bulan puasa.., sebabnya?

Aaa.. tiap jam 4 petang atau 3.45.., dia akan datang tempat aku , dgn ayat standard –“Hai cik abang., jom laa kita mencari makanan .. ayang tak masak arini … !” . Ceeh., kawan-kawan yg dekat kubikel aku akan memandang jaki aje. :p.

Destinasi ?

Pasar Ramadhan Putrajaya. Tiap-tiap tahun.. without fail.. ada laa dlm 4-5 tahun cam tu.πŸ™‚

Hingga satu hari- dia telah berhenti .. tinggalkan kompeni ni. Tiadalah lagi GF Ramadhan ku.

Kini wujud kekosongan jawatan utk setiap bulan ramadhan – Anda berminat nak apply?πŸ™‚

Kriteria yg saya cari –

1. Mesti lah standard2 ala-ala seperti di atas.

2. Berperawakan menarik.

3. Tak kesah bawak kereta sendiri utk saya tumpang..(atau kadang tumpang kereta saya – er.. saya kedekut minyak skang! :D)

4. Boleh meluangkan masa stiap jam 4 petang – 5 petang sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.πŸ™‚

5. Tidak meminta lebih dari ronda PARAM (Pasar Ramadhan) , kerana kalau lebih, di bimbangi akan dapat PARANG..(dari cik kecik saya.. :p..- itu budak sangat garang woo ! :D)

6. Telah di periksa dan di luluskan oleh cik kecik saya.. (saya sendiri tak tau apa kriteria dia.. kadang2 dia simply lulus! atau kadang2.. dia ‘fail’ kan! :p. )

so.. nak apply? no.1 check? no.2 check..? 3..4..5.. 6.. check? haa.. apa lagi.. antar borang permohonan di ruangan komen.. :p.