Macam menarik tajuk lagu Wings – Biarkan berlalu , maybe ngam dgn situasi semasa kot? ye ke? belasah aje laa! gua layan aje rock kapak ni!😀

Dengarkan..

Sebahagian nya tentang isu yg kat bawah ni .. (posting blog yg sebelum ni)

Update :

Jumaat lepas – selepas majlis berbuka puasa dgn rakan-rakan BDN di Pelita. Aku dapat mesej dari Mukh ada yg nak berjumpa utk selesaikan kemelut ini.Aku setuju aje.. pada aku – tak ada guna pun di panjangkan.

So.., sampai ke tempat yg di janjikan.. berjumpalah semua yg dalam hatinya ada api.

Mulanya.. begitu berapi semuanya.. hingga aku berasakan.. ini takkan berjaya.

Namun – setelah di tenangkan.. dengar sedikit penerangan.. akhirnya masing2 tunduk diam dan faham.

Isu nya – kerosakan kabel komunikasi. Selama ini masing2 boleh aje bercakap dan berhubung. Tapi di sebabkan ego.. dan jauh hati.. masing2 tidak lagi berhubung.. dan masing2 assume.. assume.. dan assume (termasuk lah aku )

Lagi pulak – seperti yg aku selalu khabarkan pada kawan2 aku – komunikasi secara tulisan (email, ym, tulisan di posting2) begitu senang di salah-ertikan.. dan ini memburukkan lagi situasi. Ni jenis tembak sipi ni! (er.. aku pun slalu buat! bila orang tembak sipi kt aku – aku lagi terrer tembak sipi ni..! ) –

Isu pada yg orang yg betulnya tak de besar sangat.., tapi yg buat nasi tambah tu yg buat situasi jadi lagi buruk.

Perbincangan berakhir dgn Calon Imam muda kita – membaca doa kesyukuran.. kerana akhirnya.. keruh di muara .. jernih di kuala..

Pada pihak aku  – asalkan ada pemahaman.. kenapa dan mengapa aku bertindak sedemikian rupa .. aku dah cukup bersyukur.  Dan jika talian komunikasi fiber tu dah ‘up’ balik.., insya’allah gunakanlah sebaiknya. Juga utk pihak di sana.. kalau ada apa2 isu – direct saja contact. jgn pakai orang tengah. nanti ada kuah lebih.. nasik lebih.. dan terlebih garam dan sebagainya. Itu yg buat tak best tu.

Salam ramadhan – ada lagi separuh bulan lagi kan? dan beberapa hari lagi kita nak menyambut kedatangan lailatul-Qadar.. marilah kita mengisi surau-surau dan masjid yg berdekatan utk tarawih di sana.

Tak lama lepas tu – Kita akan menyambut raya.. semoga raya ini  boleh di sambut dgn hati yg suci bersih.. jauh dari segala hasad dan wasangka.. yg selama ini membelenggu hati.

alhamdulillah..

Sebagai penutup.. apa kata kita ceriakan mata dan fikiran dgn melihat benda-benda yg indah.. !🙂

Comel ler lisa ni..🙂 ceria aje.. mukanya..