Salam semua.. !🙂

sorry gua lama tak menulis lepas kesah sotong paul di posting yg lepas.

Ok lah .. apa kesah kali ni? haa.. kisah  dimanakah dikau?

Kisah posting kali ni berkaitan dgn lagu Kembara di atas dan juga kisah aku tercari2 sorang kawan lama ni.! mana dia pegi ya?

Dia ni macam biskut lah..! kadang-kadang dia ada.., tapi lepas dia ada.. dia akan lama tiada.. ! mana dia menghilang.. apa khabarnya? ntah aku tak tau.. !

Kalau aku helo-helo ajak makan roti canai pun .. takde reply..eh? aku ada salah cakap ke? ada buat perangai buruk? ntah.. kadang aku jadi self-conscious jugak dgn kawan2 gini..

lama dia takde.. tiba2 ada., bila kita happy2 dah jumpa kawan lama.. tiba2 dia ilang balik. Antara kawan baik kau yg mmg terus senyap sampai skang selepas muncul balik – Jamal..!

Dulu.. satu ketika., kemana2 aku pegi ada laa Jamal ni.! lepas aku kawin pun..aku masih baik dgn dia.., sampai satu masa .. dia tukar keje KL.., dia dok kt Kelana Jaya., tiba2 dia senyap.! aku tak tau dah apa kesahnya. Masih hidup ke., dah meninggal ke..!

korang pernah ada kawan cenggini? haha.. cenggini.. ! pinjam bahasa orang  Johor.

Takpelah., esok-esok ada laa tu.! agak-agak dah abis kawan-kawan baru dia.. atau kawan2 semasa dia.., dia cari laa aku esok..! wahaha.. (ayat pujuk diri sendiri.. ala-alah iklan Raya Petronas.. )

p/s : mesti the-other half – aku akan tanya – eh.. sapa kawan awak yg special ni? haha.. dia bukan special pun.., sekadar kawan..! kan ke aku ni suka mencari kawan.., aku hidup sampai tahap ni pun kerna kawan jugak.. er.. ada gak kawan yg menghancurkan.. tapi .. ah.. itu anggap macam daun dedalu yg menguncup bila terlanggar lah..! tak melukakan sudah.! kalau luka pun .. lukanya mungkin dah baik.

Korang tak faham apa konteks yg aku nak sampaikan dlm posting ni? wahaha.. tak kesah.! sapa yg faham .. dia faham..! kot-kot sapa terasa lama tak kontek aku tu.. nombor aku masih tak berubah.. email aku masih sama.. er.. rupa aku aje sikit berubah.! kata orang aku nampak ‘prosper’.. ! cheh.. apa prosperity burger ke? ye laa.. yelah.. nanti aku pegi gym! :p.. ahahhaa..