Pernah dengar buskin? buskin adalah satu pertunjukan muzik jalanan di mana2 .. yg korang bayar ikut suka lu.. ikhlas hati lu.

tengok bawah ni –

Ada nostalgia dalam video di atas.., 15 tahun dulu. (1995) aku study kt kolej belakang .. sambil aku keje bank.

Sepatutnya aku masuk kelas kol 6.30 petang., tapi sebabkan aku ni leka.. tgk show depan kolej aku ni., aku masuk biasanya lepas orang rehat – kol 7.30.

Sapa yg main masa tu? Bro. Sidek., Sherryl.. dan Bro Meor.

Bro meor ni orang lama lah di buskin scene ni. Bro sidek lagi lama.. tapi dah arwah dah dia.. Sherii dah main mainstream skang., slalu ada kt Astro , dlm program AC di sini lah.. dan program2 lain. kira dah upgrade dari busker ke sessionist.

masa tu.. awalnya aku minat tengok., pastu borak2 dgn bro sidek tu., then.. aku ikut dia bila dia abis show.. kira-kira duit sambil minum.., then.. sambil dia kira duit.. aku pegang laa gitar dia., then dia soh aku bawak gitar aku.. bleh jam-jam dgn dia., dan last skali.. ada lah beberapa kali aku main depan CM tu.. :p.. mula2 malu.., tapi minat punya pasal.. selamba badak aje.

~~~

Weekend lepas , aku sangap. nak balik kampung utk jemputan kenduri tak kesampaian. Jadi aku bertandang ke Kl sentral.. jumpa teman lama. saudara meor.. sambil borak. sambil dia pukul lagu2 dia yg best.. aku sempat beli album dia.. Dari Rakyat utk Rakyat..

Belilah album ni. klik pada link di bawah ..

Gambar di atas ihsan dari blog Meor – Pesta Jiwa. Klik di sana .. ada link utk beli album.. boleh temui Bro Meor ni di KL sentral (di laluan keluar KTM Komuter antara bandar tingkat G) atau order dari blognya.

Rasanya ni album no.2 yg aku beli dari meor kot? album pertama pun menarik. Album ni lagi menarik.., aku dengar dalam kereta.., sungguh lain dari apa yg kau-orang dengar di radio pop. Memang lagu2 ni takkan keluar di radio massa pun. Tapi dengarlah.. pasti ada 2-3 kerat lirik yg keddepeekk kene kat muka atau telinga kau.. atau telinga pak pemerintah..

bawah ni aku kasi lagu utama album ni – Dari Rakyat utk Rakyat – ISA *(Ikut suka aku..!)

dengarkan.. masukkan dalam hati… , terkesankah kau? aku ya!

Korang pernah tgk cerita Once? aku bayangkan bro. meor ni berbakat macam pelakon utama dlm cerita Once tu..šŸ™‚ kisah tentang orang2 buskin juga..

p/s bro meor kalau mau – citer ni.. gua boleh burn lah.. ! tapi mungkin kau dah ada.. :p)

Once - the movie.

one of the scene.. from the movie..