Ini apa ke tebiat orang tua ni..! (mesti itu lah dalam fikiran bini aku bila baca coretan petang ni..)

Kesahnya.., aku tgh buat keje.. stress ni.., banyak gila keje hari ni.. bukan hari ni aje., minggu ni punya lah busynya sampai bini aku panggil aku – PM! “PM tak busy lagi ?” cheh.. baru 2-3 kali tak angkat call dia sebab aku dalam meeting.. dia dah perli aku gitu

Eh.. balik pada siti ni., aku set Itunes aku aku secara genius (random berdasarkan mood), jadi aku rasa mood aku macam nak happy sikit lah.. sebab aku dah siapkan banyak keje harini. Cari satu lagu happy.., tiba2 Itunes ni pilih lagu ni..! aku macam! waahh. terrernya Itunes ni baca gerak hati aku..! best.. best..! lama tak dengar..

lagu ni zaman Siti baru2 nak popular.! tgk laa video klip di atas, masih dara sunti lagi. menari pun malu-malu.. :p. tapi dah bleh nampak dah pesona bintang dia tu..! pheeewiit.. , ini buat aku nk simpan misai Datok K ni.. :p..

Maka.. dengan tersiarnya lagu ni.. siaplah sudah kerja aku hari ni.. ada lagi., tapi besok-besok lah! kata dah baca buku.. apa lagi.. praktikkanlah apa buku tu nasihat.! get a balanced life dude!!

kerja.. life.., family., kawan. semua kene balance.

****

On the other note – tadi aku call kawan lama., lama takdengar khabar berita dia ni.. buat apa? sihat ke? jaga ayam ke? jaga CC ke.. kata ari tu nak bukak CC..

Sapa dia?

Dollah Cheng.. rings a bell? aaha.. dia ni manusia jenis sempoi..! tak menyusahkan orang.. tak angkat port pasal orang.. dan banyak lagi lah.. ! ko kene kenal dia dulu .. baru tau .

So apa citer dia?

Projek CC dia masih dalam awangan.. dalam usaha la tu., semoga kau berjaya jugak satu hari nanti cheng. Sementara waktu ni.. dia meniaga katanya.. di tepen.. (taiping) dan buat service repair pc.. dan segala mak nenek IT. kalau korang happen duduk kat Taiping dan perlukan orang repair PC / laptop printer dan periuk nasi.. korang tinggalkan komen.. aku kasi nombor dollah cheng ni.🙂

Aku ajak dia turun kl.., kata dia .. zaman malap.. (so faham-faham aje ler), aku kata .. kalau nak turun kl., boleh aje nk melepak rumah aku dlm sehari 2..

Seriously.., kawan2 jenis macam ni .. aku tak kesah pun.. dia ada duit ke.. takde duit ke. aku ada aku belanja aje.. kalautakde.. sama-sama laa takde..

So, cheng kalau kau baca ni.. Selamat berjaya aku ucapkan kepada usaha kau tu..! kalau senang-senang kalu.. turun2 laa kl.. lepak dgn kengkawan. Gua tau lu tgh bz kt Taiwan tu.. (tadi aku call macam kat Taiwan.. penuh dgn orang cina cakap dgn dia.. keliling)

***
Habis entri kali ni.

nota: lagu di atas sekadar random lagu yg tersiar di itunes.. teringat zaman muda-muda dulu bercinta..! ewah..😉..