Jimat Cermat  vs Kedekut., atau in english – Frugal vs Stingy..

Orang melayu kata - Jimat Cermat

Sini aku nk bezakan kedekut  vs jimat cermat.., kalau korang rajin  – korang letak kt comment box tu.., aku ni kedekut ke jimat?

1. Kalau makan, aku tak berkira – tapi aku akan cari tempat yg jual air tidak semahal Kenny Rogers (air dia rm8 segelas) dan tax dia tak melampau.

2. Beli barang anak-anak – aku akan beli masa sale.., dan cuba compare harga 2-3 pasaraya sebelum beli.

3. Beli stokin jenis yg elok sikit.. (bukan yg bundle) dan beli lebih.. supaya senang utk tukar2 (ni merujuk kepada stokin skolah)

3. Beg aku tak beli setahun sekali – bila rosak aku beli lah., tapi kebiasaannya tetap setahun sekali jugak.. kecuali thaun lepas sebab beg tahun lepas elok lagi.

4. Kasut bola anak – aku beli yg ori.. bukan cap ayam., tapi beli masa sale.. ! (er.. sale pun 300 jugak.. )

5. Tang baju raya anak-anak – aku beli awal.. di kala sale, utk mengelakkan kesesakan bulan2 dekat raya.. (aku tak suka sesak)

Jadinya.. aku tak faham kat mana yg di kata aku kedekut , kata mak budak tu lah. (my ex). Adakah betul itu kata-kata anak aku?

OK , ini benda yg aku tka belikan anak aku –

1. Anak aku mintak skate board – aku tak belikan – sebab tahun ni dia periksa… so.. time patut spend utk tuisyen., ulangkaji.. dan latih tubi.

2. Anak aku mintak beli gitar sempena hari jadi – ini pun aku tangguhkan.. sebab aku berasa akan mengganggu konsentrasi utk menghadapi peperiksaan.

3. anak aku mintak beli seluar quicksilver original – yg harga RM180.. >> which is memang aku tak belikan.., sebab prinsip aku. aku beli barang yg berbaloi pada harganya.. bukan pada brand atau harganya.Kata aku pada anak aku – Eh.. ayah kamu pun pakai seluar jeans.. tak kesah jenama.. Jusco pun belasah..! asalkan lawa.. nampak elok.. dan harga tak melampau.

4. Anak aku mintak beli PS3.., pun aku tak belikan.. sebab tiada sapa2 yg akan memantau penggunaannya.

Aku jadi berkecil hati jugak., tapi aku tidak dapat menyalahkan sesapa.., nak tak nak.. aku salahkan pada orang yg mengajar hidup bermewah2 melampau pada anak2 aku. Walhal.. semasa dgn aku., mmg anak2 aku tau.. kalau nk beli barang.. aku akan cari yg value for money.. Bukan tak boleh nk pakai branded.. tapi sabar-sabar sikit., aku sanggup menunggu hari yg sesuai utk membeli.

Even aku nk beli barang muzik pun.. aku tunggu warehouse sale lah..!Dan barang2 peribadi aku – banyak yg aku beli online di mudah.., di lelong.. dan lyn.

Peti sejuk rumah aku – masih baru – (4 bulan pakai) di jual oleh owner yg nak bertukar kerja ke luar negara.. (harga baru hampir 2k, harga aku beli well.. sangat berbaloi lah.. tidak lah aku nk disclose sini , nanti aku nk jual tak bleh laa pulak kan :p)

TV? – TV lama yg rosak tu aku beli kt Kin Peun – barang2 terpakai dari hotel.Yang baru ni aku beli sebab dapat diskaun dan clearance set.

Kereta? – haha.. ada orang kata aku pakai kereta besar.. kaya gila! (amin.., ) tapi yg orang tak tau – aku beli kereta tu pada harga staff..! (DRB Hicom staff dapat diskaun.. 10-15%)

Lagi apa? banyak lah.., dalam hidup aku ni yg aku tak percaya kepada benda2 yg mahal dan berjenama..

Kalau korang? korang belikan/bagi aje  apa anak2 minta?