Tags

, , , , , , , , , , , , , , , ,

Mana Darlie? kenapa Colgate sebelah tu masih banyak? kene boikot ler tu Yeop!

Salam kepada pembaca blog ini,

Weekend lepas, seperti biasa utk orang berkeluarga atau baru dapat gaji, adalah hari shopping!

So, seperti biasa, aku shopping kt Jusco Equine berdekatan rumah aku ni. Bila sampai kt tempat ubat gigi – aku macam bengang jugak.. sebab ubat gigi yang biasa aku beli tiada! Darlie kotak biru tu.Tinggal yg Darlie biasa aje.

Tapi dalam bengang-bengang tu, aku gembira juga! mesej yg kita cuba sampaikan kepada pengguna islam nampaknya sampai dan masih terkesan hingga kini!

Apa mesejnya? – Boikot Colgate! Boikot semua produk2 yg tidak sensitif kepada umat islam!

Apa lagi produk yg patut kita boikot kerana mereka tak sensitif dan angkuh kepada pengguna islam?

  1. Colgate – sebab syarikat ni sangat angkuh! tidak mahu mengikut syarat JAKIM utk menghantar produk mereka menjalani proses persijilan halal seperti produk2 lain di negara ini. Mereka memaksa JAKIM mengikut telunjuk mereka dan utk mengakui bahawa sijil halal yg mereka perolehi dari China tu mmg sah! akibat dari ke-engganan mereka ni.., maka kita pengguna islam bertindak utk tidak membeli produk mereka! dan mereka sangat sombong! tidak mahu pun minta maaf dari kita – pengguna yg selama menyokong dan membeli produk mereka hingga nama colgate tu sinonim dgn ubat gigi. Betul tak? bila ubat gigi habis di rumah , kita sebut apa kt mak kita? “mak , colgate abis”,  walaupun yg kita pakai tu adalah produk brand lain. Tapi .. semua tu tinggal sejarah saja..! kini mereka tidak boleh lagi mendabik dada! produk mereka berlambak tak laku di merata pasaraya. Pegi saja ke mana-mana.. kita tengok produk lain abis.., tapi colgate berlambak! Tahniah kepada anda yg turut sama menyumbang kepada kejayaan boikot ni!
  2. Roti High 5 – korang ingat lagi kan? apa pasal kita boikot Roti High-5 ni?  sebab yg sama dgn Colgate juga. Keangkuhan mereka! Angkuhnya Stanton Bakeries( anak syarikat Silverbird)
  3. McDonald ? – masih lagi ke korang boikot? well, dulu aku boikot McDonald ni sebab 2 perkara –  satu – sebab produk mereka mahal melampau! ada ke sekali beli makanan sampai dekat 20ringgit? McD tengok rangkaian makanan segera lain jual mahal dan laku, mereka pun nk ikut jual mahal! apa ke gila air Coke kt McD harga sampai dekat RM4ringgit? air coke tu sangat murah ok! sebab itu coke dari pati dan campur air. Satu pek pati perasa coke tu di beli dari pembekal cuma RM120 – boleh buat beribu cawan coke. Air adalah dari air paip. kos sebenar hanyalah tak sampai 20-30sen secawan., juaal sampai rm4 ringgit? ok itu pasal air, pasal makanan lain pun mahal juga! sebab ke-dua aku boikot McD adalah sebab sumbangan Archers corporation (pemegang franchise tunggal McD) kepada Israel dlm membantu negara tu terus membeli senjata utk membunuh saudara se-Islam kita di Gaza! dan palestin. Lupa dah kita pada penderitaan mereka?
  4. Pizza hut – eh.. pizza hut ? apahal? sebab pizza hut  ni penipu! tipu apa? diaorang ni – kalau tgk iklan. mmg gila gempak! Pizza crust rangup lah., kepak ayam yg besar dan menyelerakan lah! tapi bila korang order – korang cuba bandingkan makanan depan mata tu dgn iklan yg dalam menu dan yg korang tengok dalam TV tu. sama tak? Takkan sama langsung – macam langit dan bumi! Pizza nya nampak kosong! kalau iklan bukan main penuh! pastu chicken wing nya pucat! apa ke longkang pucat! dlm gambar bukan main brown macam garing dan bermadu! bila sampai depan mata macam kepak mayat ayam yg pucat!  So – aku mmg boikot Pizza Hut!
  5. KFC – sebab yg sama dgn Pizza hut – ye lah.. mereka ni kompeni yg sama! mmg taktik perniagaan sama! iklan bukan main besar..tapi bila korang beli.. penipu – kecil! kenapa tak ada orang komplen kepada Kementrian hal-ehwal pengguna ya? penipu diaorang ni! kesian orang anak ramai tu..! ingat beli sikit cukup sebab nampak iklan macam besar aje..! bila sampai rumah.. alahai.. buat celah gigi aje.., terkulat- kulat anak tu.. tak cukup. Aku tau ler., sebab aku pernah beli popcorn chicken! dlm iklan nampak macam besar bekas popcorn chicken tu., tapi realiti – puih! gampang! kecik macam lahanat! alasan mereka – er.. itu abang nampak dlm gambar mmg nampak macam besar bang!  Korang pernah tgk iklan burger XXL mereka? tengok dlm TV orang nk makan tu sampai tak muat mulut?  cuba beli tengok! kalau korang tak percaya!
  6. Kenny Rogers – eh.. abis semua restoran aku boikot – apa kes? abis nk makan kt mana? well, korang tak perlu ikut aku.! aku boikot kenny rogers ni .. sebab harga makanan kedai ni tak berbaloi dgn apa yg korang bayar! dan iklan mereka juga mengelirukan!  kenapa? kalau korang tgk iklan diaorang –  promosi ayam lah.. lamb lah. semua harga dlm belas-belas ringgit atau 22ringgit je.. , tapi bila korang masuk aje makan., tgk final bill.. mesti dekat rm50! terasa tertipu tak? kenapa? 1. Harga air dia saja dh dekat rm9ringgit. 2. tax dia ada 2-3 lapis. dan mahal gila tax dia! 1st tax tu gst tax – 15% ke gitu., pastu service tax – 10%. total tax ko kene bayar dlm 10-20 ringgit! jadi kompeni ni gila penipu! Aku mmg ingat aku makan dgn anak2 aku.. satu keluarga., order ayam.., dan air . total bill seratus lebih! memang aku menyumpah! sebab diaorang ni menganiaya orang yg nk makan dgn keluarga! diaorang mmg target keluarga! sebab nama restoran diaorang pun restoran keluarga. terpulang pada korang.., korang rasa korang duit lebih.. nk makan kenny rogers silakan.! pada aku. baik aku makan kt nandos! lagi berbaloi duit aku. (eh. terasa nk makan Nando’s lah kejap lagi! :D)

Ada lagi? abis laa! cukup cukup laa tu memboikot! kang tak ada benda yg korang boleh beli kang.. abis semua ikan sayur aku list kang!😀

Ada lagi tak barangan yg patut aku tambahkan dlm list ? sila lah korang tambahkan dlm komen ya!