Tags

, , , , , , , , , , ,

Haa., kt blog wifey, dia ada buat before and after…, ewah-ewah.. sedap aje dia buat cabaran di situ.

Tak pe, terima kasih utk dia yg rajin mengemas di tingkat atas rumah tu. Dengan pertanyaan – bila nak bawak mak datang rumah? hihihi… (mak dia, err. mak mertua saya – sangat rajin macam dia jugak. Pantang nampak habuk.. abis di lap / sapunya)

Maka teringat lah saya ingin berbuat sesuatu sebagai tanda terima kasih kepadanya. Terimalah versi sebelum dan selepas dari saya.

~~~

Sebelum.

Inilah iron board, inilah meja laptop sang isteri..

Nampak iron board tu? itu dah lawa sikit tu.. sebab aku letak cover iron board baru.. :p, situ lah tempat dia menggosok baju2 kerja ku.., situ lah jugak tempat dia terjuntai guna laptop.. lepas siap buat keje.  Dia ni tak minat tgk TV macam aku.., jadi di rumah.., kami macam terpisah selalu.., aku di atas dgn gadget2 aku., dan dia dlm blik dgn blog, facebook.. dan macam2 benda dlm laptop nya lah. (eh.. laptop gua laa :p)

Dia Selalu berangan.. nak ada meja sendiri kt dalam bilik utk  senang dia buat keje.. (baca : konon.. :p), nak bertenet tu cakap jer.. jadi… ini dia ..

Selepas!

Kecik aje., tapi cukup laa utk orang kecik..

Ewah.., dapat lah satu IKEA MALM side table.. memang rezeki dia. Asalnya aku nk beli rak Expedit, sebab aku nk kemas bilik studio atas, tak larat dah tgk wayar dan barang2 masih dlm kotak. Tapi dah penat aku angkut kotak EXPEDIT dengan kasset dan kotak apa namanya ntah.. , ternampak meja di atas ni dekat … jeng.jeng.. jeng.. ! tungu gambar seterusnya..

mahal tak?

Rahsia nya..

AS IS saja.. bukannya baru.. harga hampir 50% off tu! display item.

Ini lah keje aku kalau pegi IKEA. Kalau orang lain pergi ronda satu IKEA baru sampai sini.. kadang tak tengok pun., aku terbalik.. aku pergi AS IS dulu… baru ronda IKEA.

Smalam sampai., dah usha2 dah AS IS ni., tapi takde lagi meja ni. Ada satu rak kayu.. nampak menarik. ingatkan masa nak keluar nk sambar ler.., alih2 smalam, rak tu dah kene sapu dek orang lain, tapi ada rezeki lain menanti., MALM ni menanti..! ada 3 unit semalam.., aku cepat2 tgk mana yg elok antara 3 tu. , siap tukar cermin lapik meja tu..dgn MALM unit yg lain. Ada pulak akak tu lorat.. orang dah pegang dah meja ni., tengah tukar cermin.. dia pulak pegang nak amik.

My wife tau aje laa, perangai aku, pantang orang lain pegang2 barang yg dia dah nak beli. memang aku tak lepas punya.

Dekat AS IS ni, mmg cenggini, kalau kau tak tengok.. takde orang nk tengok pun., tapi bila kau tengok / pegang satu2 barang tu.. dan-dan tu jugak laa datang pasangan lain.. dok usha jugak apa yg kita tgh check tu.Weh.. korang kaya pegi beli yg baru laa! biarlaa barang2 kt AS IS ni aku punya !😀.. wahahaha.. evil tak?

Expedit Bookcase

Korang nampak tak kotak transparent kt book case ni? haa. itu yg buat aku berkenan dengan rak ni.

Tunggu… masanya kan tiba..!🙂

Betul lah kata orang – memiliki rumah ni  ibarat satu projek yg never-ending..🙂, ada aje projek kita nak cantik kan ruang tu. Aku punya konsep.. 1 room at a time. :p.

Itu pun wifey dok bising.. “dapur bila nk siap bang?” :p.. (aku buat-buat tak dengar.. boleh tak? :p)