Tags

, , , , , , , , ,

Berhampiran rumah aku ni ada satu kedai yg boleh tahan best.. Dan ada satu mini stage. Setiap weekend – sabtu atau ahad.. Atau kadang2 both days – ada banyak indie band dan budak2 muda perform.. Biasanya best.. Kadang ada gak yg lagu2 tak masuk freuqency.. Berbeza generasi kot.🙂

Tapi bagus tmpat ni..  Dia buat open mic concept ni.. Sapa2 yang berani boleh ke depan utk perform..

Aku sendiri ada laa cuba2 jugak.. 1-2 lagu.. Tapi biasanya..time orang dah balik.. Wahahhah..

kadang-kadang.. ada juga yg buat show ni.. kelihatan begitu mencuri perhatian., aku miss show dia ni.., tapi aku rasa begitu ramai malam tu yg nak bergambar dgn dia ni.

Anyway.. Kalau korang minat live music..  boleh terima muzik jenis santai.., unplugged, impromptu., kadang2 best.. > boleh laa datang kedai ni.

Makanannya – not bad.. sedap. Paling aku suka – Nasi Goreng Thai.