Hari ni aku rasa sangat bermotivasi tinggi! kenapa?

1. aku dok dengar balik podcast lama – Robin Sharma – dari zaman sebelum greatness guide.

2. Jumpa pula Video – The 8 things that Billionairs Do. (sorry link tu.. korang kene register baru boleh tgk video kot.

3. Last skali – sambil aku buat kerja, aku dengar2 podcast yg best2 ni., aku terjumpa pulak podcast directory apple, yg membawa aku ke satu blog – The Change blog – 5 essential self-improvement podcast – that you should listen.

4. Teruskan membaca.., anda akan sampai ke part paling best.., di dalam blog -The change blog tu., ada satu link yg aku tgk macam menarik.. – What’s your expiry date.. , baca lagi.. wah.. mmg best! last skali dlm artikel tu.. ada satu video yg betul2 buat aku macam .. pergh! hebat betul orang ni..! Siapa orang tu? Sapa lagi – dia ni mmg aku respek habis – Steve Job dari Apple.

Kalau korang perlu satu reason utk korang feel inpired, dan rasa bermotivasi tinggi dlm hidup .. tonton dan hayati mesej2 yg disampaikan oleh Steve job kepada student2 grad Stanford di hari graduation day mereka.

Apa intipati yg aku dapat? Secara tak langsung sebenarnya mengingatkan aku tentang perjalanan hidup aku selama ni..

Bila kita lihat balik ke belakang.., kita sebenarnya menyambung semua titik – titik setiap point dalam hidup kita .. yg akhirnya akan membentuk siapa kita sekarang!

Aku ingat balik.. life aku bukan dari orang senang.., then sebab tak nak terus jadi susah.., aku masuk asrama., well.. nk kata aku rajin tak jugak., cuma bersyukur .. tuhan bagi aku otak yg bagus.., aku excel dlm pelajaran.

Dari satu struggle ke satu struggle .. dan struggle ni lah aku rasa yg membentuk peribadi aku yg sekarang.!

masa kt asrama.., aku mmg kene pilih jalan utk survive.. , dan macam2 cara aku buat berniaga maggi lah., part-time tolong pakcik kantin lah.., part-time tolong orang jual keropok.. ! apa saja.. asalkan boleh kumpul duit.

abis skolah.., aku kerja yg pelik2 jugak.. hingga akhirnya dapat masuk keje bank.. Masa tu dah hampir terlupa dah apa haluan hidup aku.. apa aku nk jadi. Hinggalah satu hari.. kawan baik aku – Danya cakap kt aku – dia nak berhenti keje.. nk sambung belajar.

Aku pun terfikir.., macam bestnya.. dia nk sambung belajar.., well aku pun nak jugak.! tapi dia ada mak bapak kaya.. family sponsor.  AKU? well aku ada aku aje lah..!

Hm.. nanti lah sambung lagi.. macam mana aku boleh terfikir pulak nk buat keje part-time malam.. utk kumpul duit sikit.. utk sambung belajar.

apa pun.., dalam hidup kita.., tak kira macam mana susah pun.. tuhan uji kita., selalu percaya – pasti ada jalan utk kita sampai ke sana..! kemana? menuju apa yg kita impikan dalam hidup.

Dreamer – itu kata Jobs. Orang nk berjaya ni .. dia kena ada dream! tak kesah dream apa pun. Ada satu kata-kata aku ingat ex-wife aku pernah cakap kat aku – “XXxxXX (aku lah tu) , awak ni mmg orang yg sangat tinggi cita-cita. Cita-cita awak dgn realiti awak.. mmg tak tercapai dek akal., saya percaya satu hari.. awak akan dapat jugak apa yg awak nak.

aku pegang kata2 dia tu., dan aku ingat., sebab sebelum tu tak pernah orang nampak aku ni macam ada harapan utk jadi orang pun.

Jadi akhir kata – teruskan bermimpi.. anda bukan mat jenin.! anda adalah anda! hidup lah ikut laluan yg anda impikan! bukan hidup ikut kata-kata orang. impian orang lain.. dan harapan orang lain.

🙂

psst. : ada satu lagi link ni > baru tambah >> mindmap ucapan Steve job tu. Sangat menarik utk yg berminat dgn cara steve job menyusun minda nya.. dalam menyampaikan ucapan .