Tags

, , , , , , , ,

Al-fatihah.., sedihnya terasa, Din Beramboi yg kita dok biasa dengar  kat Radio Era pagi-pagi tu , telah pun pergi meninggalkan kita.

Beliau menghembuskan nafas terakhir malam tadi (2/4/2010) jam 12.30 malam.

Macam baru lagi kan? korang dok tengok gelagat dia kt raja lawak sebagai juri.., baru smalam juga aku dok terkekek-kekek ketawa dengar drama sebabak dia yg terbaik tu.

Aku dah memang tak dengar Era dah (orang Sinar ni.! radio orang-orang tua! ) .., tapi usaha keras Aznil yg mempernalkan macam-macam segmen pagi..! akhirnya berjaya menarik aku ke radio Era pagi2.

Paling lawak baru ni .. celoteh drama sebabak dia dgn Ahli kumpulan sepah pasal Jiran . “Eh jiran sebelah! apsal awal laki bini ni pelik? Pukul 1 pagi aje siram pokok bunga.. pukul satu pagi aje siram pokok..! sambil nyanyi-nyanyi pulak tu! Air pasang Dalam surut pukul 5.., eh.. siram pukul lima laa! “
wakakaka.. itu lah hiburan aku 2-3 hari ni.. dok borak kosong dgn kawan2.. dok bukak citer tu laa jadi modal! saja buat gelak kosong kan! kreatif nya laa manusia bernama Mior Ahmad Fuad Mior Badri yg kita kenal sebagai Din Beramboi ni.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Walau kita tak kenal dia personally.., tapi lawak arwah telah mencuit hati kita.. dan memberi sedikit keceriaan pada pagi-lagi kita..

Persoalan sekarnag = sapa laa nk ganti Pak Cik Din ni  di pagi bersama Aznil? Aznil mesti terkesan dgn pemergian ni kan? walau pada awalnya watak pakcik din ni macam tempelan aje.. aku rasa, tapi akhirnya mereka jumpa keserasian. Don’t give up aznil..! kene cari idea lain pulak lepas ni.🙂

berita penuh. (sumber)

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Semoga rohnya di cucuri rahmat.. ! amin..  Terima kasih kepada anda yg sudi melawat blog ni. Blog ni bukan blog berita semasa..,  saya menulisnya kerana saya peminat kipas mati berat Pak Cik Din Beramboi ni. !