Syukur Alhamdulillah,

Setelah beberapa kali false start, dan macam-macam dugaan. Akhirnya proses renovasi rumah dah hampir siap.

Mari kita ikut balik turutan renovasi rumah ni.

Kalau ikut pelan asal –

  1. Wiring – sebab ni membabitkan nak tambah point dan korek sana korek sini.
  2. Plumbing – jika perlu.
  3. Plaster siling (bukan sebab nk cantik.. sebab nk simple..! malas nk pakai lampu gantung2 )
  4. Kitchen cabinet
  5. Kabinet bilik tidur.
  6. Grill –
  7. Alarm ( kalau ada. ke.. nak DIY saja?)
  8. Cat – last skali..!

Tapi sudah tukar laa! ianya bertukar sebab bajet constraint dan time..

  1. Tinted – dah siap (dari mana datang ni? tiba-tiba aje ada tinted? Ohh.. sebab rumah aku panas ler.. kalau tak tinted)
  2. Grill -Wah.. pakcik grill ni boleh tahan efficien.. ! cepat aje siap.
  3. Wiring – sebab ni membabitkan nak tambah point dan korek sana korek sini.
  4. Plaster siling (bukan sebab nk cantik.. sebab nk simple..! malas nk pakai lampu gantung2 )
  5. Kabinet bilik tidur.
  6. Plumbing – jika perlu.>> tak perlu pun.. rumah masih dalam warranty- complen aje.. terus developerpunya orang datang!
  7. Kitchen cabinet > Kensel.. sebab kos2 lain dah over-run.. menjadikan kitchen cabinet ni jadi yg last dah.
  8. Alarm ( kalau ada. ke.. nak DIY saja?) Naaa.., ini shelved dulu.! sampai ada bajet betul baru tambah
  9. Cat ? – pun kensel – sebab boleh mintak tukang repair rumah tu cat..! bayar dlm 85sebulan.

Settle..

Smalam pegi beli lampu..! tiap kali aku beli lampu – orang tanya – Adik rumah Banglo ke? waaaa.. aku dgn bini aku berpandangan? I wish!!😀. . takde laa.. rumah teres bodo aje..

Kos lampu, kipas.. menceah dekat ribu-riban jugak.

  1. Kipas beli 5 – 2 KDK, dan 3 alpha.
  2. Downlight – Casing – 37. (35 double mentol, dan 2 single bulb utk isikan dalam bilik mandi master.
  3. T5 light dan casing? – 18x 4′ dan 6x” 2′
  4. Mentol Philips – 74 bijik. Ballast pun jumlah yg sama.

Cuma bijaknya- banyak barang aku beli kt Jalan Pasar – gila kau.. tempat lain cekik darah. Aku beli kt jalan pasar tu . kedai tu mmg kedai kontraktor – Tgk perbezaan harga T5 aku sudah – kt kedai lain – lampu T5 brand malaysia yg ada sirim.. RM28.. yg ciina punya dia offer RM20-21.. , harga aku dapat kt Jalan Pasar – RM16.60.

gambar? esok la.! ngantukdah ni.